Header Ads

Rusia Berjaya Cipta "Terminator" Untuk Berperang

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Baru-baru ini dilaporkan 'tentera robot' ciptaan Rusia dipercayai mempunyai kemampuan untuk menembak menggunakan kedua-dua tangan.

Memetik laporan Mirror, robot android yang dinamakan sebagai FEDOR itu dibangunkan oleh agensi penerokaan angkasa Rusia dengan harapan membina mesin yang berperang.

"BUKAN UNTUK MEMUSNAH"

Bagaimanapun, kerajaan Rusia membuat penafian bahawa mereka mencipta robot yang memiliki peranan seperti watak mesin pembunuh dalam filem Terminator, susulan rakaman aksi robot itu juga tersebar meluas dalam internet.

Mirror menambah, robot FEDOR mempunyai ketinggian 1.8 meter dengan berat antara 106 hingga 160 kilogram bergantung kepada jenis peralatan yang dibawa selain boleh mengangkat kargo seberat 20 kilogram.

Dalam satu rakaman lain, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitryi Rogozin turut menyatakan keupayaan yang mampu ditonjolkan oleh robot tersebut.

"Kami bukan mencipta Terminator (robot pemusnah) tetapi mesin pintar yang boleh dikerah untuk melaksanakan pelbagai misi," katanya.

Menurut perancangan agensi Rusia itu, robot FEDOR akan digunakan untuk melaksanakan misi angkasa pada 2021 bagi menggantikan tugas angkasawan terutamanya tugas penyelenggaraan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.