Header Ads

"Salahkah Aku Kerja Kilang Sampai Abang Dan Kakak Hina Aku"




Aku anak bongsu daripada 9 orang adik beradik. Aku ada 3 abang, 5 akak. Abang aku kerja (Arkitek, Polis dan lagi sorang kerja kebun). 

Akak aku pulak (Nurse, 3 orang tak kerja sebab berkahwin, lagi sorang operator kilang). Aku pemegang diploma pengurusan hampir 2 tahun dah tapi aku masih belum dapat kerja yang sesuai dengan diploma aku sebab aku duduk pedalaman. 

Sekarang ni aku kerja kilang je, jadi QA (Quality Audit). Pergi balik kerja naik van kilang. Aku boleh je nak kerja kerani dekat bandar, tapi masalahnya aku tak ada kereta.

Semuanya bermula dari sini. Abang aku yang Arkitek dengan Polis tu, and akak aku yang Nurse tu mula pandang rendah kat aku. Pada diorang, ada diploma tapi kerja kilang pastu naik van kilang pulak tu. 

Diorang selalu lah sindir aku “Belajar sampai U pun kerja kilang jugak. Sebenarnya bukan aku je kena sindir, abang aku yang kerja kebun dengan akak aku yang kerja operator tu pun kena sindir. 

Abang aku yang kerja kebun tu, dia tolong jaga kebun arwah abah aku. Semua urusan kebun sayur dengan kebun sawit dia yang uruskan. Sebab kalau bukan dia uruskan, siapa lagi kan. 

Tak kan nak mengharapkan abang aku yang dua orang lagi tu. Entah entah jejak kebun pun payah. Kakak aku yang operator tu kerja operator sebab dia belajar setakat SPM je.

Bila hujung minggu, semua balik rumah. Oh ya lupa nak cakap, kat rumah tu hanya mak, aku dengan abang aku yang kerja kebun tu je. Nama abang aku yang kerja kebun tu Fadil. 

Yang lain duduk rumah sendiri. Kadang tu bila diorang balik, aku jadi tak selesa. Sebab diorang suka bandingkan kerja diorang dengan kerja kitorang. Aku dengan Fadil kadang tu menjeruk perasaan jugaklah. 

Sikit sikit cerita pasal gaji. Padahal, ni jujurlah eh diorang tak pernah bagi mak duit. Padahal gaji 2k ke atas. Aku yang gaji tak tentu ni masih lagi bagi mak duit sebab aku ada terbaca kalau bagi mak duit rezeki makin bertambah kan? 

And diorang pun kalau balik mesti ada cerita susah kat mak, mak pun baik hati bagi duit. Tadi beria sangat cerita gaji besar bagai.

Pernah aku balik kerja, diorang berkumpul depan rumah. Tengok aku turun van macam jijik sangat. Weh aku kerja halal lah! Aku ni anak bongsu, kalau aku tinggi suara sikit mesti kena penampar punyalah. 

Lepas je turun van, abang aku yg Polis tu tanya, “Sampai bila kau nak kerja kilang, orang lain pergi kerja naik kereta tapi kau naik van” Weh aku sakit hati. 

Apa masalah sampai kenderaan pun jadi isu? Polis tapi sengal! Abang aku yang Arkitek tu lagilah, kemain berlagak cakap membazir je hantar kau pergi U dulu kalau setakat kerja kilang. 

Padahal dulu sebelum dia jadi Arkitek dia kerja kilang. Taik! Akak aku yang Nurse pulak, amboi lagilah sikit2 ketawakan aku bila aku sidai uniform kilang. Dia cakap kalau kau jadi kerani mesti kau pakai baju lawa kan takdelah pakai uniform kilang.

Gaisss, aku bukan tak cuba nak cari kerja lain. Aku cuba, and aku dapat pun. Cuma kerjanya jauh, kat bandar sana. Aku mana ada kenderaan. Aku ingat nak ambik kereta secondhand tapi tu lah aku tengah kumpul deposit jugak ni. 

Bf aku adalah jugak nak offer pakai kereta dia dulu, tapi aku takut family dia cakap ape pulak kan. Hm alang alang cakap pasal Bf, Bf aku ni setia susah senang dengan aku dah 5 tahun. 

Family dia adalah jugak suruh bertunang, tapi abang aku tak kasi sebab Bf aku kerja kilang kat Singapore. Lagi sekali pasal kilang. Hina sangat ke kilang?

Kadang tu aku nangis weh, aku nak lari je dari rumah. Mak tak pernah nak menangkan aku. Mak pun kadang macam setuju dengan diorang, padahal aku ni ada hati perasaan jugak. 

Sebab aku anak bongsu aku kena mengalah dengan semua. Aku tak boleh melawan, tak boleh bersuara. Aku sakit hati. Ni pun aku taip sambil menangis. Aku ulang ayat “Aku benci keluarga aku”. Aku tertekan. 

Diorang selalu pulaukan aku, abaikan aku. Abang aku yang Fadil tu selalu kena fitnah amik ganja kat kebun padahal tak pun! Kakak aku yang operator tu dah duduk rumah sewa pun sebab tak tahan dengan sindiran diorang yg berpangkat ni. 

Fadil cakap kat aku, takpelah kita sabar jelah rezeki tu kan Allah tentukan. Diorang kerja bagus tapi mak sakit takde sape balik. Aku dgn Fadil kerja tak sebagus diorang tapi kitorang lah yang boleh tolong jaga mak. 

Aku rasa, rezeki kerja tu tak ada tapi rezeki nikmat jaga mak tu ada. Apa apa pun, tolong doakan rezeki aku nak beli kereta tu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.