Header Ads

"Saya Tak Mahir Jalan Di Langkawi" - Penjelasan Pelakon Ini Isu Parking Ikut Suka Hati




Nama pelakon Iqram Dinzly menjadi viral baru-baru ini selepas dia dikatakan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya ketika berada di Pulau Langkawi. 

Namun, tidak mahu memanjangkan kontroversi, pelakon itu memohon maaf atas kesilapannya dan berkata ia berlaku kerana dia masih tidak mahir selok-belok jalan di sekitar pulau tersebut. 

Memetik dari laporan Mstar Online, Iqram berkata: 

"Ketika kejadian ruang parkir di Pekan Kuah, Chenang penuh dan saya nampak ada kereta lain yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan.

"Jadi saya pun melakukan perkara sama memandangkan urusan saya di sebuah bank mengambil masa singkat sahaja.

"Demi Allah saya tak tahu itu laluan utama kenderaan kerana saya sangka ia jalan sehala,"

Pelakon itu juga meminta maaf kepada pihak yang berasa kurang senang kepadanya selepas memuat naik status dan juga gambar nota daripada individu yang mengecamnya berhubung meletakkan kereta 'merata-rata'.

Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun itu berkata dia berada di Langkawi kerana menguruskan restorannya DR.ChiQQY yang terletak di Telaga Walk, Chenang.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.