Header Ads

Sekolah Beri Ganjaran Jika Murid Datang Ke Sekolah Dengan Kehadiran Penuh


Pelbagai cara sekolah untuk memastikan setiap pelajar hadir ke sekolah. Namun bagi sebuah sekolah di Johor lain pula kisahnya. Sebuah sekolah menengah di sini mencetuskan sesuatu yang tidak pernah dilakukan khusus untuk pelajar yang mencatatkan rekod kehadiran 100 peratus.

Seramai 1,266 pelajar SMK Senggarang berpeluang menperoleh ganjaran sebuah motosikal baharu sekiranya mereka mencatatkan kehadiran penuh.

Empat motosikal dengan jumlah keseluruhan bernilai RM13,600 ditawarkan. Tahun lalu, sekolah di luar bandar itu mencatatkan kehadiran 92 peratus. Pengetua sekolah, A.S Aziz Salem berkata, ia merupakan cetusan idea penolong kanan sekolah, Norasyidah Mohd Rasip.

"Sekolah perlu mencari jalan untuk terus mengurangkan jumlah murid ponteng sekolah yang menjadi masalah serius," katanya kepada The Star.

Aziz berkata, inisiatif tersebut disokong penuh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, sambil menambah bahawa kesemua motosikal ditaja oleh seorang bekas pelajar yang kini ahli perniagaan, Datuk A. Halim Mohamed.

Pemenang bagi suku pertama tahun ini adalah Mohamad Nur Rahimi Wagini, 17, yang mencatatkan kehadiran 100 peratus dari Januari sehingga Mac, dan tiada yang lain lebih gembira daripada ibunya, Saniah Sulong, 54.

"Selama ini anak lelaki saya berjalan kaki ke sekolah. Saya gembira dia kini boleh menaiki motosikal ke sekolah," katanya.

Aziz berkata, cabutan pemenang bertuah akan dibuat setiap dua atau tiga bulan sekali dalam kalangan pelajar yang mencatatkan kehadiran penuh.

"Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kami untuk memenuhi KPI Kementerian Pendidikan bagi mencapai kadar kehadiran 95 peratus di sekolah," tambahnya.

Sementara itu, Halim berkata, beliau sentiasa mahu yang terbaik untuk pelajar-pelajar di sekolah lamanya.

"Tahun lalu, saya menaja 16 motosikal dalam beberapa majlis seperti Maulidur Rasul, dan cabutan hadiah bertuah dalam kalangan sekolah-sekolah di Senggarang," katanya.

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.