Header Ads

"Seminggu Selepas Kahwin, Isteri Tunjuk Belang Sebenar..Selepas 3 Tahun Masih Tetap Tak Berubah"




Salam semua…

Nama saya Adam(bkn nama sbnr), semasa umur 26thn riso sbb semua kawan kawan dh dijinjang pelamin dan parent pun keep tanya, bkenalan dengan beberapa wanita tp dirasakan tidak sesuai, namun ditakdirkan bjumpa dgn seorang dlm tempoh singkat, ada rupa, ada ilmu agama, ada kerjaya hebat. 

Pendek kata ada semua ciri yang saya idamkan dan ciri2 yg saya pohon dariNYA. Dlm ms sama dirasakan boleh bercinta selepas kawin dan sesudah istiqarah. Dgn parent yg xbanyak membantah, dlm tempoh kenal sebulan terus tunang, dan slps 2 bln terus bernikah….

Seminggu kawin, sudah kuar detik2 duka, rupanya isteriku (A) antara wanita hot di Uni, A mengungkit soal kecewa dia dgn semua ex BF, perkara ttp berulang… setahun pertama PJJ so jmpe ari Sabtu dan Ahad saja… masalah terus melanda. 

Minta cerai blh kata setiap masa… pd masa tu fikir maybe inilah org kata gaduh2 suami isteri… terima seadanya.. Jika ditegur akan dijawab dgn hadis dan dalil… pernah nasihat A Syurga Isteri dibawah tapak kaki suami, tp dibalas A bahawa itu bukan hadis soheh, saya yg bukan jurusan agama terus diam je…

Alhamdulillah A pregnant after 7 mnths kawin… excited and saya pilih utk transfer ke cawangan dekat dgn A walaupun jarak dekat tu 250km pergi balik setiap hari… harapan after ada baby famili ku akan bahagia dan A blh lupakan semua Ex dia dan laksanakan tgjjwb sbg isteri dan ibu. 

Dlm tempoh tu A kerap kata2 xnk anak mcm muka saya sbb saya hitam, dan pernah saya terbaca whatapps dia dgn kakak dia bicarakan soal itu… hati saya sedih tp Allah je tahu perasaan masa tu.. excited nk dpt anak saya belanja sakan untuk pastikan anak sulung saya serba mencukupi… semua rezeki dariNYA

Dengan anak seorang pun A still tidak berubah… bila disuruh masak dan urus rumah, di tazkirah yg itu bkn tggjwb isteri, isteri just layan suami.. suami kena sediakan semua.

Dalam tempoh itu saya terus berulang 250km setiap hari dan pastikan balik rmh demi isteri dan anakku… walau penat di rumah saya uruskan semua, sbb dh biasa diajar oleh famili utk urus rmh jd xkekok, A ttp sama..

After 3 years kawin, semua nmpak tidak berubah, tggjwab semakin banyak, tggjwb rmh, tggjwb kerja.. alhamdullillah gaji saya lagi tinggi dari A so blh la saya urus semua, rmh, bil, yuran anak, makan, brg dapur, holiday, even baju A setiap bulan, minyak kereta A, bagi duit belanja bulan2 pd A, semua belanja anak saya tggung… respect pada suami dh makin kurang. 

Balik rmh kalu ada kes kaunseling rmhtangga di opis dia akan ugut dan takutkan saya…”kalu abg kawin lain jgk cerai kan saya” luluh hati saya sbb isteri xpercaya pd kejujuran saya, malah samakan saya dgn lelaki lain padahal saya dh bt mcm2 utk selamatkan keluarga. 

A kerap jgk kata nk beli tanah, rmh in case dia kena cerai… pada ketika itu Allah je tahu betapa luluh hati saya sbb saya xpernah fikir soal cerai walau dia kerap sgt dh minta cerai…

Benda berterusan, dan byk kejadian yg mula menampakkan wajah dia sebenar, fitnah, batu api atas penceraian org lain, psiko, dan kdg2 saya tpaksa bw anak ddk dlm bilik bila dia mengamuk kt luar dgn ugut pisau bunuh diri…

Sampai satu tahap saya dh tak mampu nk fikir apa lagi yang saya xbuat utk famili ini, org cakap org perempuan yg selalu bkorban utk famili, tp bg saya, dh semua benda saya bt, ms tempoh menyusu saya sggup ambil cuti ikut dia pegi kursus, siapkan dan urus semua hal rumah selengkapnya, saya pergi kerja selepas urus anak dan pastikan A pegi pergi keje dulu sbb dia nk masuk tepat pkul 8, dan sbb itu saya selalu smpai lewat pkul 9pagi keatas…

Jodoh tidak panjang, akhirnya masanya smpai… saya dgn waras dan slps bacaan 3 Qul saya melepaskan dia.. 3 bulan iddah mcm2 drama dan sandiwara… lps hbs iddah lagi jelas wajah sbnr dia.. report polis, fitnah saya ada janda, fitnah saya kaki pukul dan panas baran, biasalah bila cerai org akan kesian kt wanita… 

Tp ms tu Allah je tahu tp saya cekal dgn banyakkan kerja kt Opis… Pendaftaran cerai, Hadhanah (saya bg dia anak dan saya dpt hak bermalam 4 hari sebulan), Nafkah saya offer dan failkan sbb itu hak anak saya… namun A ttp tak puas hati… Fitnah berleluasa… even umi saya terkena tempias fitnah… dh genap 3 tahun dia masih tak boleh bertolak ansur soal saya nk ambk anak semasa holiday, hasut anak dgn pemikiran negatif…

Muhasabah slps apa berlaku… saya sedar silap saya gopoh dlm membuat keputusan.

3 yeas marriage, penat, dan Allah tarik balik nikmat famili tp Allah bagi nikmat kerja… alhamdulillah recognation dan award diterima.. dalam ms saya, dgn kegagalan perkahwinan pertama mengajar saya utk bijak memilih, bkn rupa, bukan [email protected], bukan background agama, bkn kerjaya seseorang tp budi bahasa dan penghayatan pd ajaran agama yang penting… sehingga hari ini kes mahkamah trus berjalan.. tiada tolak ansur dan penuh ego.

Sebelum ini saya minta padaNYA yg cantik, yg pandai, yang ada ilmu agama, yg bkerjaya tinggi.. dan Allah tunaikan tp ia bukan yg terbaik utk saya…

Skrg saya minta yang TERBAIK utk saya dariNYA, dan Allah hadirkan seseorang yg terbaik dan sempurna dihati dan dimata saya.. alhamdulillah… dlm masa sama saya tidak lupakan tanggungjawb sbg abah pd seorang anak perempuan saya, tunaikan nafkah dan ttp ambk mengikut hak masa saya yg diberikan oleh mahkamah… semoga Allah sentiasa melapangkan ms saya bila tiba jadual saya bersama anak saya…

Allah uji pada hampaNYA mengikut kemampuan hambanya dan Allah jua telah sediakan ganjaran utk hambaNYA yang sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan…

Kawan2, sabar dan yakin Allah ada bila kita dlm masalah dan yakin Dia akan membantu hambaNYA yg sabar… mintalah yang TERBAIK kerana Allah Maha Mengetahui apa yang TERBAIK untuk setiap hambanya….


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.