Header Ads

"Tahniah Danish" - Norman Hakim Kongsi Kegembiraan Anak Sulung Diterima Belajar Hafazan Di Turki


"Alhamdulillah, Danish dipilih antara 10 pelajar untuk sambung pengajian ke Turki bagi menyelesaikan baki hafazan lapan juzuk berdasarkan prestasi semasa. 

"Perasaan saya bercampur-campur sebenarnya antara syukur, gembira, sedih dan hiba. Inilah anak pertama, darah daging dan merangkap kawan baik saya dunia akhirat, yang boleh diajak berbual serta berkongsi bermacam-macam perkara," kata Norman di kapsyen Instagramnya.

Menurut aktor ini lagi, doanya selama ini benar-benar dimakbulkan Tuhan. Gambar surat tawaran yang diterima Danish juga ada dimuat naik oleh Norman di laman Instagramnya.


Bekas suami kepada Abby Abadi ini turut mengakui yang dia kini sedang mencari kekuatan untuk melepaskan anaknya jauh di perantauan.

Tahniah diucapkan dan kami mendoakan agar Danish dapat menghabiskan pengajian hafazannya dengan lancar dan sempurna kelak.

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.