Header Ads

Tak Suka Lelaki Capang Pulak Dah, Macam Sayap Kelawar Katanya

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Minggu lepas, heboh di media sosial memperkatakan mengenai video yang dimuat naik oleh seorang gadis.


Dalam video itu, gadis tersebut memberitahu bahawa dia tidak suka lelaki bermata sepet dan akibatnya, dia telah dikecam teruk oleh netizen.

Seolah-olah kalis kecaman dan tidak mengenal erti serik, gadis yang dikenali sebagai Baby Ira itu sekali lagi memuat naik video bikin panas namun kali ini dia membuat kenyataan terbaru iaitu dia tidak suka lelaki bertelinga capang (telinga besar).

Seperti biasa, video kontroversi ini sekali lagi dikecam habis-habisan oleh netizen. Ada yang memaki hamun malah tak kurang juga ada yang merasakan gadis ini sangat melucukan. 

Segelintir netizen yang lain pula menyatakan bahawa gadis ini sengaja mencari populariti murahan semata-mata ingin mendapatkan "follower" untuk tujuan perniagaan alat kosmetik di masa hadapan.

Yang lebih menariknya, gadis ini turut mencabar netizen untuk membuat video parodi mengenainya. 

"Ramai yang berani komen kutuk Ara panjang-panjang, kenapa korang tak berani buat video? sebab suara korang sengau kan" - katanya. 

Inilah trend di media sosial sekarang ini. Sekarang ini orang kacak dan cantik je mendapat perhatian netizen, orang 'bodoh' pun boleh tampil mencipta sensasi media baru. Ianya menjadi satu kegilaan untuk menjadi popular dalam apa juga cara.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.