Header Ads

Terpengaruh Dengan Cerita Kartun, Budak Ini Terjun Dari Tingkat 10 Bangunan Rumah Guna Payung Membawa Padah


Jangan sesekali mengambil ringan tentang pengaruh rancangan televisyen terhadap kanak-kanak. Lebih-lebih lagi dengan siri kartun kegemaran mereka kerana sudah terbukti kebanyakannya pasti akan meniru gaya karakter yang ada di dalamnya.

Inilah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak lelaki apabila dia terjun dari tingkat sepuluh rumahnya dengan menggunakan payung.

Dianggap sebagai sesutu yang menyeronokkan, budak lelaki tersebut dikatakan ingin cuba meniru watak kartun yang menggunakan payung sebagai 'parachute.'



Disebabkan watak kartunnya itu selamat mendarat atas tanah, apa lagi dia pun terus 'terinspirasi' untuk melakukan benda yang sama.

Menurut Shanghaiist.com, walaupun mengalami kecederaan parah namun budak berusia 7 tahun ini sangat bernasib baik kerana terselamat disebabkan kabel wayar elektrik yang berjaya mengurangkan impak ketika terjatuh.

Rata-rata netizen mempunyai pendapat mereka tersendiri mengenai kes yang bukan pertama kali berlaku ini.

Buat ibu bapa di luar sana, mohon pantau dan memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak anda.

Paling penting jangan tinggalkan anak-anak anda bersendirian walau apa pun yang terjadi. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah.

- www.kakishare.my

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.