Header Ads

Tikus Dikesan Berlari-Lari Dalam Dapur Premis Jual Kek Terkenal Cetus Kemarahan Netizen




Makanan dan kebersihan sepatutnya saling beriringan. Ianya adalah syarat asas dalam industri makanan. Ianya menjadi satu tanda tanya berapa banyak premis makanan di seluruh negara dicemari oleh haiwan makhluk perosak. Terbaru, kebersihan satu cawangan Secret Recipe kini menjadi bualan netizen. 

Satu video yang kini menjadi viral memaparkan seekor tikus sedang berkeliaran di salah sebuah premis Secret Recipe di Lembah Klang. 

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Timothy Lim mendakwa terdapat 7 atau 8 ekor tikus sedang berkeliaran di dapur premis berkenaan. 

Mengikut video berkenaan, tikus berkenaan kelihatan seperti berada di dalam 'rumah' kerana melompat sekitar bahagian dapur. 

Mengikut komenn dari netizen, cawangan tersebut terletak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar. 

Malah ada juga netizen menganggap ianya sebagai perkara lucu: 

"Oh inilah resepi rahsia kenapa kek mereka sangat sedap"

"Tikus itu sedang bekerja keras membuat masakan, biarlah tikus tu buat kerja"

Lihat aksi-aksi tikus ini:


Walaubagaimanapun, tiada kenyataaan rasmi dari Secret Recipe ketika ini berhubung kes terbabit. 

Sanggup tak anda makan di restoran dimana makanannya di sediakan oleh tikus seperti dalam filem Rattatouille? - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.