Header Ads

Tindakan Anggota Polis Bernama Pak Teh Ini Bantu Kesulitan Sebuah Keluarga Harus Diberi Pujian




Sebagai seorang anggota polis sudah pasti segala tingkah laku akan diperhatikan oleh orang awam. Ini kerana jika mana-mana anggota polis melakukan kesalahan sudah pasti akan dikecam oleh orang ramai.

Berbeza pula bagi seorang anggota polis yang hanya dikenali sebagai Pak Teh ini. Pak Teh sanggup membantu satu keluarga yang tidak dikenali yang sedang mengadapi kesulitan. Jom ikuti kisah yang dikongsikan oleh Eman Panji di media sosial. 

Jom kita tularkan kebaikan anggota polis ini.

Terima kasih dari kami sekeluarga kpd pegawai polis bertugas di Balai Polis Sungai Dua, Seberang Prai pada 23-24/3/2017. Maaf saya terlupa untuk bertanyakan nama pegawai tersebut. Dia membahasakan dirinya sebagai Pak Teh dgn anak-anak saya & dia berasal dari Sik Kedah. 

Untuk makluman, kami dlm perjalanan dr Perlis ke Johor Bahru. Tayar kereta kami pecah di KM 110 PLUS Highway jam 11.35 malam 23/3.

Kereta ditunda ke sebuah kedai tayar berdekatan Balai Polis Sg Dua jam 1.55 pagi 24/3. Kereta kami tidak dibekalkan dgn tayar spare bg membolehkn kami menukar utk penggunaan sementara. 

Kami dimaklumkn oleh seorg pak cik berketurunan cina yg kebetulan lalu di situ yg kedai tayar tersebut beroperasi bermula jam 10 pagi. 

Dia juga memaklumkan yg tiada hotel di kawasan berdekatan. Hanya ada bbrp homestay tetapi pada awal pagi sukar utk menghubungi pengusaha homestay. 

Dengan 5 org anak yg berumur antara 10-16 tahun terasa kurang selesa untuk kami berada di dlm kereta sementara menunggu kedai dibuka. 

Suami mencadangkan untuk kami menumpang tidur di masjid berdekatan namun kebiasaannya masjid dikunci pada waktu tersebut. 

Sementara memikirkan tindakan seterusnya kami ke balai polis berdekatan bagi menumpang bilik air. Sampai di balai polis, 2 org pegawai bertugas bertanyakan masalah kami. 

Selesai menggunakan bilik air, salah seorang pegawai bertugas menawarkan kami bermalam di rumahnya. Kami agak terkejut & kurang percaya pegawai yg kami kenal hanya beberapa minit sanggup membenarkan kami menumpang di rumahnya. 

Sungguh mulia hati budi beliau. Sebelum ke rumahnya, beliau memeriksa kenderaan kami bagi memastikan ianya selamat ditinggalkan di situ. Kami bukan sahaja menumpang tidur di rumahnya namun beliau turut membekalkan makanan utk kami sekeluarga. 

Urusan penggantian tayar siap jam 11.45 pagi 24/3 dan kami bertolak ke Johor Bahru jam 12 tengahari. Jutaan terima kasih buat 'Pak Teh', segala budi baik tuan hanya Allah yg dpt membalasnya. 

Amat bertuah pihak polis mempunyai pegawai yang bersikap sedemikian. Selamat Hari Polis ke 210 kami ucapkan & semoga pihak tuan sukses selalu didlm apa jua perkara. 

Terima kasih sekalung tahniah.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.