Header Ads

Tragis! Budak 5 Tahun Maut Kepala Tersepit Di Restoran Berputar

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Mungkin terlalu lasak sehingga terlepas daripada pengawasan ibu bapanya, kanak-kanak berusia lima tahun, Charlie Holt maut selepas kepalanya tersepit di restoran berputar terkemuka di Atlanta, Jumaat lalu.

Memetik Mail Online, Charlie dipercayai mengunjungi restoran berkenaan bersama keluarganya dari Charlotte, North Carolina untuk menikmati makan tengah hari di Restoran Sun Dial, di tingkat 72, Westin Peachtree Plaza Hotel.

Restoran itu berputar perlahan untuk memberi pemandangan pencakar langit 360 darjah, dan mangsa dilaporkan tersepit di antara dinding dan sebuah meja yang sedang bergerak.

WSBTV melaporkan, keluarga mangsa merupakan pelanggan terakhir di restoran itu apabila mangsa berkeliaran jauh dari pengawasan ibu bapanya untuk melihat pemandangan berkenaan.

Pegawai keselamatan dan staf hotel cuba untuk mengeluarkan mangsa apabila menyedari dia tersepit, malah lantai bergerak juga dimatikan segera.

Bagaimanapun, semuanya sudah terlambat kerana mangsa mengalami trauma teruk di bahagian kepala. Mangsa dibawa ke Hospital Grady, namun kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Pengurus hotel berkenaan, George Reed berkata dalam satu kenyataan bahawa satu kemalangan tragik membabitkan kanak-kanak berlaku di hotel.

"Kesedihan kami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya ingatan dan doa buat keluarga mangsa," katanya.

Restoran Sun Dial ditutup buat sementara waktu, dan siasatan dijalankan Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.