Header Ads

Wanita Dilanggar Lari Meninggal Dunia, Polis Beri Amaran Untuk Serah Diri




Wanita yang dilanggar lari oleh seorang penunggang motosikal di Jalan Burma ketika melintas jalan dilaporkan meninggal dunia malam tadi. 

Mangsa Foo Swee Wah 58 tahun meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang jam 8.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid memberi amaran supaya penunggang motosikal terbabit menyerah diri kepada pihak polis.

Jika penunggang motosikal tersebut gagal menyerah diri pihak polis akan mengesan dan menahannya. Pihak polis juga telah mengenal pasti nombor plat motorsikal berkenaan. 

Kejadian yang berlaku tengah hari, mangsa sedang melintas jalan menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan. Tiba-tiba seorang penunggang motosikal merempuh mangsa dan menyebabkan mangsa terpelanting di atas jalan dan penunggang motor tersebut melarikan diri. 

Kejadian tersebut berjaya dirakam dan menjadi viral di media sosial.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.