Header Ads

7 Tahun Terbaring Atas Katil, Lelaki Tergemuk DI Dunia Mahu Kehidupan Normal

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Bergelar lelaki tergemuk dunia akibat memiliki berat badan sebanyak 584 kilogram, namun ianya langsung tidak membanggakan buat Juan Pedro Franco dari Aguascalientes, Mexico kerana terpaksa menanggung penderitaan pada usia muda. 

Memetik laporan portal Mirror, Franco menceritakan, dia sudah memiliki berat 228 kilogram selepas terlibat dalam kemalangan pada usia 17 tahun.

Sejak itu katanya, berat badannya semakin meningkat sehingga membuatkannya tidak mampu bergerak serta hanya mampu terbaring menghabiskan masa hampir tujuh tahun terbaring di atas katil.

Oleh sebab itu, Franco mengambil keputusan menjalani pembedahan untuk menurunkan berat badan, sekali gus menyelamatkan nyawanya.

Lelaki berusia 32 tahun itu telah menjalani diet yang ketat selama tiga bulan sebelum dibedah pada Selasa lalu dengan harapan dapat menikmati kehidupan normal.

"Saya mahu keluar, memandu dan menyanyi semula."

"Itu yang akan saya lakukan. Dengan izin Tuhan, saya mampu melakukannya semula," katanya.

Pakar bedah yang terlibat dalam misi itu, Dr Jose Antonio Castaneda Cruz, berkata, menerusi diet yang ketat, Franco berjaya mengurangkan 30 peratus berat asalnya bagi membolehkan pembedahan dilaksanakan.

"Pada awalnya, kami fikir dia tidak boleh melakukan prosuder ini ekoran tahap obesiti dan masalah paru-paru yang dihadapinya, tetapi kini kami melihat harapan buat dirinya," kata Cruz. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.