Header Ads

Akibat Tiada Tempat Letak Kereta, Lelaki Ini Lukis Sendiri Petak Parkir Untuk Elak Disaman

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Ketiadaan tempat meletak kenderaan merupakan perkara biasa di bandar-bandar besar. Kadang-kadang ianya agak melecehkan jika tempat parkir adalah terhad. Namun bagi seorang pemandu di Beijing ini cara dia menyelesaikan masalah tersebut sangat kreatif dan unik. 

Menurut laporan Qianjiang Evening News, lelaki itu dilihat melukis sendiri garisan parkir menggunakan kapur. Namun taktik licik lelaki itu dapat dihidu oleh polis trafik. 

Ketika membuat rondaan polis menyedari garisan parkir itu kelihatan pelik dan membuat perbandingan dengan garisan parkir yang betul. 

Akhirnya pihak polis mendapati garisan yang dilukis itu lebih halus dan tidak lengkap. Rakaman video menunjukkan lelaki berbaju oren itu dilihat keluar dari kenderaan sebelum melukis sesuatu di atas jalan. 

Van tersebut dipercayai diletak selama empat hari dan berkemungkinan didenda antara RM320 sehingga RM3,200. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.