Header Ads

" Biasanya orang yang kuat complain adalah orang yang malas berfikir, otak tu level kelas ketiga!

Nak Isu Viral? Like Page Kami:


1. Tak kisah menyusahkan orang lain

Rumah sendiri bersih, kereta berkilat, kemeja langsung takde kedut, nyamuk melintas pun boleh mati bila terkena bucu baju. Tapi buang sampah merata-rata, anak2 makan keropok dalam kereta, plastik buang kat jalan-raya, tisu untuk wipe kasut nak bagi kasut kilat2 buang kat dalam LRT. Apa masalah kan nanti tukang sapu boleh kutip…. Zahir nampak segak/cantik/pengemas tapi attitude berkulat.
Barang sendiri kalau guna punyalaa berhalus + berkira, kalau barang hak company/awam bukan main lagi lenjan. Contoh? Cuba tengok cara bawak kereta sendiri vs bawak kereta company. Apa masalah kan nanti enjin mati bila harung banjir, company yang keluar belanja untuk baiki. Kalau aircond rosak sebab selalu maxed-out & tak pernah tutup pun boleh claim service aircond. Membazir minyak pun tak ape sbb minyak pun boleh claim, kan. As long as bukan duit sendiri yang keluar, ape nak kisah?

2. Tak kisah membazir makanan

Oklah sekali sekala merasa duk hotel, dpt breakfast. Tak cukup dengan buffet table tu, korang pergi buat mini buffet kat meja sendiri pulak. Ambil berpinggan-pinggan, konon sebab dah bayar, taknak bagi hotel untung. Kalau habis tak ape, ni bersepah makanan tak habis atas meja. Sebab ade tukang serve, kan… tak perlulah kemas meja sendiri. Takde kelass katanye.

Ni belum campur dgn buffet berbuka puasa. Sebab dah bayar RM80-150 per pax kan, membazir kalau tak try semua lauk. Rugiii…sebab dah berjuang lawan nafsu seharian tahan lapar kan, bila berbuka nafsu masuk menderu macam empangan pecah. Reward diri kononnya. Padahal tujuan puasa tu selain dari kelebihan kesihatan & spiritual, adalah untuk kita empati kepada orang yg berlapar, tak ade duit untuk makan.. Untuk kita empati kepada refugees yg kebuluran sebab perang, atau negara yg kemarau panjang seperti di Ethiopia. Statistik menunjukkan peratus pembaziran makanan meningkat secara mendadak di negara2 islam di bulan Ramadhan yg Mulia. Memalukan, dan memualkan.

3. Tak kisah ambil/guna hak orang

Duit dah banyak, rumah dah besar, masih tak malu untuk mintak bantuan kebajikan. Setiap kali announce ade bantuan, berlumba2 pergi mohon, siap menipu dan guna kroni untuk dapat apa yg dihajat. Kadang2 tak banyak pun, nilai bantuan celah gigi shj, tapi susah hati kalau org lain dapat, sendiri tak dapat. Padahal org tu memang tak mampu. Tapi bak kata kamu, apa masalah duit rakyat kan….Hak kamu kononnye. Maklumlah tax payer.. Pinjam PTPTN pun tak bayar balik walau mampu. Yela, duit rakyat kan…. Tp mungkin kamu lupa kut bayar hutang itu hukumnya wajib. Masa mintak bukan main merayu, dah dapat pergi café hipsturr.. Belajar ntah kemana, habis belajar kerja nak gaji besar, cukup pukul 5 balik tutup henpon. Hutang belajar taknak bayar, hutang kereta sanggup buat OT.

Di jalan raya pun sama, orang lain nak cepat juga, tapi boleh aje beratur. Ni dahlaa tak reti nak queue up, bila org tak bagi die mencelah tahu pula angkat tgn dan marah2. Yelaa macam kamu seorang aje yg bayar road tax kan… lagi hina jenis yg nak mencelah masuk tapi signal pun tak bagi, main cucuk aje. Mohon meninggal laa spesis macam ni. Korang tahu tak each time korang cut queue tuu (kebanyakan) orang2 yg menunggu turn tu automatic akan menyumpah dalam korang hati. Rezeki berat? Rase byk nikmat tak dapat? Mungkin sebab curi mase org kut.. MASA pun merupakan hak orang jugak ye.

4. Tak kisah gunakan kelebihan untuk kepentingan peribadi

Pi mai pi mai duk pung pang pasal polis korup laa SPRM korup laa. Lepas tu duk kutuk2 YB tu songlap duitlaa pusat zakat pandai membuta laa. Tapi kan, korang pegi appointment kat hospital/klinik kesihatan pun duk mintak sepupu yg jadi nurse tu speed up korang punye turn. Lagi best kalau diri sendiri dah jd nurse bersara boleh tanye lg kat kaunter “ alaa takkan akak pun kene tunggu giliran…..”. Lepas tu bila kena speed trap call member yg kerja polis, tanye boleh dapat diskaun tak. Bile apply kerja tak dapat, cakap calon lain dapat sebab kabel. Padahal sendiri tak sedar dlm kehidupan sehari-hari die duk gune kabel jugak kalau ade. Mohon tukar mentality… Dari pangkat kecik sampai laa besar, ramai yg abuse power. Sampai bile pun Malaysia akan masih di takuk lama kalau rakyat perangai mcm ni. Ikutlaa parti mane yg memerintah pun. Sebab foundation pun tak kukuh, macam mane nak maju.

5. Tak mampu berfikir di luar ‘warna’ kulit

Yang ni mmg tak boleh blah. Semua perkara yg berlaku korang akan judge ikut race. Kalau Cina langgar org, mesti salah Cina sebab mabuk. Kalau org kena pukul, mesti India yg buat. Kalau perangai malas & kuat dengki, mesti melayu. Seriously, tak penat ke? Padahal sometimes bangsa takde isu pun dalam kejadian tersebut. Bila ade kes yg melibatkan 2 kaum berbeza mesti ade statement ala-ala “kaum xx mmg camtu”, “sedarlah wahai kaum M, bangsa kita ditindas depan2”, padahal kes tu jadi sbb salah bangsa M tu sendiri (contoh). Kalau tgk non-malay punye post post pun ade jugak yg racist.. Sampai bila kita nak hidup berpuak-puak macam ni? Tolonglaa bila ade incident/berita, siasat dulu hujung pangkal. Setiap case tak sama, jgn generalize.

6. Tak mampu untuk tidak complain

Biasanya org yg kuat complain adalah org yg malas berfikir. Untuk setiap perkara, dia tak mampu utk justify kenapa ada pihak tertentu adakan peraturan tertentu. Contoh paling senang pihak hospital awam tak bagi kanak2 dtg melawat. Pergghhh riuh dia complain tak puas hati la mak guard biadap laa tak bagi masuk. Padahal dia tak faham, dan tak ambik inisiatif untuk paham pun. Ade aduan relevan yg boleh diketengahkan untuk tujuan penambahbaikan. Ade juga aduan yg lebih kepada ‘kepala angin’ yang entah apa-apa, sekadar untuk melampiaskan marah. Jadilah org yg mudah berurusan, senangkan kerja orang lain, Allah lapangkan kerja kita..

– didiey bkn nama sebenar

Hantarkan luahan peribadi anda di sini untuk kita kongsikan >>  Inbox 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.