Header Ads

'Dah Setahun Berlalu, RM500 Lesap iPhone Tak Dapat'

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Kisah disontot atau ditipu sudah tidak asing lagi. Terutamanya tawaran murah telefon pintar terpakai jenama iPhone. Keinginan menggunakan jenama tersebut yang dianggap sebagai paling 'hebat' itu membuatkan ramai yang ingin memiliknya walaupun harga telefon pintar tersebut mencecah ribuan ringgit. 

Scammers atau penipu mengambil peluang tersebut dengan menawarkan telefon jenis iPhone terpakai dengan harga yang murah serendah RM500 bagi memilik jenama tersebut. 

Menurut laporan Harian Metro, taktik tersebut sudah berleluasa terutamanya dalam talian yang mempromosi iklan di dalam Instagram. Setelah tempahan dan wang di bayar pelanggan terpaksa menunggu sehingga tiga bulan namun malangnya selepas tiga bulan masih lagi tidak sampai. 

Bagi mangsa penipuan, Ahmad Haziq Ahmad Tariff, dia berminat dengan tawaran rendah tersebut iaitu RM500 bagi sebuah telefon pintar terpakai jenama iPhone 5S. Tambahnya selepas membuat tempahan dan memaklumkan pembelian telefon pintar berkenaan dia juga sudah memasukkan wang ke dalam akaun bank dan masih belum menerima telefon berkenaan sejak April tahun lalu. 

Ramai mangsa sudah membuat laporan polis kerana telefon pintar yang sudah ditempah masih belum diterima sehingga kini. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.