Header Ads

Gadis Itali Ini Simpan Duit Selama Dua Tahun Untuk Jumpa Dan Kahwin Kekasih Online Dari Indonesia

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Di dalam kehidupan yang serba canggih ini, kita memang tidak dapt lari dari penggunaan Internet. Dengan internet juga ada yang menjana pendapatan dan ada juga bertemu jodoh secara online. 

Banyak kisah pasangan dipertemukan dalam talian dimana mereka mungkin tidak akan bertemu jika tiadanya Internet. Ini dibuktikan oleh seorang gadis berusia 21 tahun dari Itali yang bernama Ilaria yang bertemu Dzulfikar, pemuda 23 tahun dari Indonesia yang tinggal di wilayah Batang, Jawa Tengah secara atas talian. 

Pasangan itu hanya berkomunikasi menggunakan Facebook dan tidak lama kemudian hubungan mereka mula berputik. Selepas itu, kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin walaupun tidak pernah bersemuka secara nyata. 


Ilaria juga mengesahkan bahawa dia sudah mendapat persetujuan dari ibu bapanya sebelum meninggalkan Itali untuk mencari buah hatinya itu. 

Pada 18 April, Ilaria akhirnya berjaya berjumpa di rumah Dzulfikar di kampung Tragung, daerah Kandeman, Batang. Kedatangan Ilaria ke kampung berkenaan menyebabkan penduduk kampung itu agak riuh kerana jarang warga asing melalui kampung tersebut dan jiran Dzulfikar menghubungi pihak polis setelah menyedari kehadiran Ilaria. 

Anggota polis bergegas ke rumah Dzulfikar untuk menyiasat tujuan sebenar Ilaria datang ke kampung berkenaan. Ilaria kemudian menjelaskan: 

'Saya kumpul duit selama 2 tahun bekerja di restoran untuk datang ke Indonesia untuk bertemu dengan kekasih saya'




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.