Header Ads

Hati-hati kalau nak bagi orang pinjam duit

Nak Isu Viral? Like Page Kami:


Assalamualaikum, thanks admin sbb approved. Saya nak cerita sikit pasal kisah benar yang berlaku kepada kawan ayah saya. Kawan ayah saya, Lan (bukan nama sebenar) seorang yg baik hati dan prihatin. Bila je ada orang yg susah, dia akan cuba untuk bantu sekadar yang dia mampu sbb dia rasa kesian.

Nak dijadikan cerita, seorang perempuan datang nak pinjam duit sebab nak tebus balik gelang emas kat kedai pajak gadai,menangis-nangis sambil tunjuk surat pajak gadai. Lan ni memang kenal lah dengan perempuan ni dan pada waktu tersebut kebetulan dia tak ada duit.Disebabkan kesian kat perempuan tersebut dan takut2 x sempat nak tebus balik gelang emas( gelang emas ni milik emak perempuan tu) sbb dh nak habis tempoh tebus balik, Lan pon kata,’ takpe lah, malam ni kau datang kat rumah aku, aku bagi pinjam. Tapi ingat, nanti kalau kau ada duit, kau bayar balik’.Banyak tak banyak duit yang dia bagi pinjam tu ada lah dalam Rm1000.

Hari berganti hari, minggu bertukar minggu dan bulan pon berubah2 , perempuan ni still bayar balik duit yang dia pinjam. Lan pon ambik inisiatif nak dapatkan balik duit dia sbb dia pon bukannya orang yang berada sangat. Dia pergi jumpa dengan perempuan tu dan kata,’macam ni lah, kalau kau tak boleh nak bayar sangat duit tu, kau tanggalkan gelang emas tu, bila kau ada duit , kau tebuslah balik’. Lan ni hanya nak balik duit dia je, bukannya nk gelang emas tu. gelang emas tu dia bagi kat seorang wakil untuk pegang dan kalau perempuan tu nk tebus , tebus ngan wakil tu.

Cerita ni macam cerita biasa orang mintak hutang kan tapi start dari situlah saya kesian sangat kat Lan. Orang kalau dah jahat kan, ngan siapa2 pon dia boleh buat jahat. Si minah tu pergi buat report palsu kat balai polis kata dia kena samun dengan Lan sedangkan wakil yang pegang gelang emas dia dah serahkan balik gelang tu pada malam tu jugak walaupon dia tak bayar lagi duit. Perempuan ni buat report sbb dia ada member yg kerja sebagai polis.

Bila dah ada report, apa lagi, polis pon datang lah nk tangkap Lan. Lan tahu yang dia tak salah , so dia ikutlah polis tu dan tak pasal2 kena masuk lokap. Disebabkan kes dia ni disiasat bawah jenayah samun, dia tak boleh diikat jamin dan merempatlah dalam lokap. Nak dipendekkan cerita, lepas beberapa hari(banyak hari jugak dia dok dalam lokap) sebelum je dibicarakan di mahkamah, kes tersebut ditarik balik(mungkin perempuan tu tarik balik report dia kot) dan dia pon dibebaskan. Tapi kes tersebut masih disiasat tapi bawah akta lain pulak.

Pengajarannya, kadang2 bila kita tolong orang, x semestinya dia akan balas balik dengan kebaikan. Dan bila kita nak jugak pinjamkan duit kepada orang lain , ingatlah mungkin kita takkan dapat balik dah duit tersebut dan bila orang bayar balik duit kita, tu dah dikira sebagai rezeki . lastly, Lan pon ada cakap yang dia tak nak fikir dah pasal duit seribu yg dia pinjamkan tu, mungkin Allah akan ganti melalui cara dan jalan yang lain. Doakan Lan dimurahkan rezeki.

– man


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.