Header Ads

'Hentikan Sebarang Kenyataan Kontroversi' - AJK Surau Dan Ketua Masyarakat Tiong Hwa Capai Kata Sepakat

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



AJK Surau Austin Perdana bersama-sama dengan ketua masyarakat Tiong Hwa Mukim Tebrau hari ini mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan masalah kes pergaduhan yang menjadi viral sehingga mencetuskan ketegangan antara masyarakat cina dan melayu. 

Menurut jurucakap surau tersebut, pertemuan tersebut berjaya mencapai kata sepakat bahawa kes itu diselesaikan secara baik dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa. 

"Pemandu yang terbabit dalam kejadian itu tiada di lokasi kerana pengurusan surau sudah menyelesaikan perkara berkenaan ketika pertemuan diadakan di balai polis berkenaan pada petang hari kejadian.

"Kebetulan ketika itu kedua-dua pihak membuat laporan di balai polis sama dan hasil perbincangan mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes ini.

"Pada masa sama, kami menyerahkan segala siasatan kepada polis dan sanggup memberikan kerjasama kepada semua pihak," 

Pihak surau berharap orang ramai terutama netizen tidak membuat sebarang andaian dan menularkan sebarang kenyataan berbentuk provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.