Header Ads

'Ibu Bapa Janganlah Letak Syarat Tinggi Untuk Pilih Menantu..Kesian Bakal Suami'

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Ya rata-rata ketika ini banyak isu dikaitkan menantu bukan pilihan lah, ketidaksefahaman antara suami isteri lah, tidak bertolak ansur selepas berkahwin , hal dengan ipar lah dan bermacam lagi. OKAY! Apa yang aku nak cakap ni sebenarnya more ditujukan pada calon menantu lelaki . 

'Ibu Bapa Letak Syarat Kalau Nak Berkahwin'

Apabila isu berkaitan yang telah saya katakan diatas terlalu banyak sering berlaku telah menjadikan sebahgian remaja kini yang takut untuk berkahwin. Ya takut untuk berkahwin dan takut apabila berkahwin akan terjadinya “penceraian” (tidak semua orang). 

Apa yang saya perhati banyak ibubapa(tidak semua) yang terlalu memilih soal jodoh anak-anak mereka, bahkan ada yang meletakkan syarat untuk bakal menantu mereka. Terkadang mereka ini terlalu “demand” sehingga menjadikan anak mereka “stress” dan menyebabkan perkara haram berlaku. Saya sangat menyeru pada ibubapa jangan terlalu memilih bakal menantu anda.

Sememangnya ibubapa mahukan yang terbaik tetapi biarlah berpada dan sedar diri. Sering kali syarat pertama yang diletakkan oleh ibubapa ialah “menantu beriman”. Apa yang saya lihat ramai ibubapa mahukan calon menantu yang beriman katakanya, boleh jadi imam pada anak mereka. 

Sejujurkan tidak salah, tapi apa yang saya lihat dari sudut ini amat tidak adil kerana mereka mahukan calon menantu yang kononnya beriman dan boleh jadi imam buat anak mereka sedangkan anak mereka sendiri tidak beriman dan tidak tahu menahu soal agama bahkan hanya mahu diserahkan pada sang suami nanti. 

ADILKAH? Apa yang ibubapa perlu tahu “orang yang baik pasti mendapat orang yang baik”. Adilkah jika si ibu mahukan menantunya seorang yang beriman solat lima waktu tak tinggal ,puasa dan lain-lain sedangkan si anaknya solat sahaja tidak pernah cukup, aurat terbuka sana sini dan bermacam lagi.

Apa yang saya ingin sampaikan bukanlah salah si ibu untuk mencari bakal menantu yang beriman tetapi sebelum mencari yang beriman didiklah anak kamu itu sebaik mungkin insyaallah dengan izin Allah pastinya kamu juga akan mendapat menantu yang sebaik anak kamu juga.

'Bersama-sama Urus Kewangan'

Syarat kedua ialah “ kekayaan ” , katanya adalah senang untuk mereka menumpang sekaki kelak. Tidak semua ibubapa begini tetapi sedikit sebanyak ada juga yang mahu meletakkan kekayaan sebagai syarat calon menantu. 

Kekayaan disini bukanlah bermaksud mempunyai harta kekayaan yang banyak boleh jadi juga mempunyai rumah yang dibeli sendiri dan dipenuhi barangan perabot lengkap ataupun mewah, tujuannya mudah untuk anak mereka nanti hanya perlu masuk melangkah ke dalam rumah itu sahaja tanpa membeli rumah mahupun perabot. 

Selain rumah pastinya mereka mahukan menantu yang memiliki kereta supaya mudah untuk anak mereka kemana dan pastinya untuk kesenangan cucu mereka kelak. Sememangnya tidak salah kerana ada baiknya juga tetapi biarlah berpada . Ditambah pula dengan keadaan ekonomi kita sekarang untuk memiliki rumah dan kereta sendiri apatah lagi dengan bebas dari hutang bukan perkara mudah. 

Kalau boleh seeloknya bersama-sama menabung untuk membeli rumah , kereta sendiri dan bermacam lagi. Pada masa kini rasanya tidak sesuai untuk terlalu bergantung pada sang suami,masing-masing perlu bijak mengurus kewangan. Begitu juga untuk hari pernikahan dan majlis perkahwinan. Ibubapa kini terlalu mendengar pandang orang berbanding pandangan anak mereka sendiri. 

'Janganlah Dengar Kata Orang'

Kadang-kadang si anak hanya mahu majlis yang begitu simple dan Cuma dihadiri saudara mara dan rakan terdekat. Tetapi si ibu mahukan yang mewah katanya apa pula kata si maklong,maklang nanti jikalau majlis hanya kecil begini tidak seGah mereka. Hal ini memang susah kerana terlalu fikir pandangan orang. 

Sekali lagi saya menyeru pada ibu-ibu sekalian jangan terlalu mendengar pandangan orang buat sahaja yang terbaik untuk anak anda jika kurang pasti pada setiap pemilihan buatlah solat istikharah kerana masih ragu-ragu, kenapa saya cakap ibu-ibu? Kerana soal majlis perkahwinan ini selalunya ibu-ibunya yang selalu sibuk bapanya kurang.

Seterusnya, kerjaya calon menantu tersebut katanya perlu cari level yang lebih tinggi. Mana mahunya kalau anaknya ada master menantunya cuma diploma. Ibubapa sekalian janganlah terlalu tinggi memintanya. 

Apa yang penting adalah akhlak bakal menantu itu , tanggungjawab dia untuk menjaga anak kamu itu nanti. Takda pangkat tinggi pun tak apa jika akhlaknya sudah memadai jika ada anggaplah sebagai bonus.

Syarat-syarat ini sering kali menjadi syarat buat si ibu-ibu memilih menantu. Harapan saya buat ibubapa diluar sana semoga tulisan ini dapat buka mata hati anda, buatlah yang terbaik untuk anak-anak anda. 

Usah dengar kata orang kerana anda tahu yang terbaik untuk anak anda. Akhir sekali berbaliklah pada ajaran islam kita kerana islam itu mudah dan pastinya indah. Semoga dipermudahkan semuannya. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.