Header Ads

Kaki Warga Emas Tersepit Celah Tren, Orang Ramai Bantu Tolak Tren

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Seorang wanita berusia 72 tahun, dilaporkan kakinya secara tidak sengaja tersepit pada celah antara platform stesen dengan tren MRT ketika berjalan keluar dari tren. 

Memetik laporan berita Tencent di China, warga emas wanita yang berasal dari Guangzhou itu tidak sengaja terpijak pada celah yang kosong ketika ingin keluar dari tren.

Ini menyebabkan satu kakinya termasuk ke celah lubang antara lantai tren dan lantai platform stesen. 

Disebabkan kakinya tersepit sehingga sampai ke bahagian paha kaki, wanita warga emas itu terpaksa duduk di lantai tren tanpa boleh bergerak langsung. 

Setelah menyedari keadaan yang berlaku, orang ramai yang berada di lokasi kejadian tampil berganding bahu menolak tren itu bagi mengurangkan berat tren itu. Manakala yang lain turut menghulurkan bantuan bagi mengeluarkan kaki wanita warga emas itu dari celah tren tersebut.

Setelah pegawai bertugas di stesen tren MRT menggunakan minyak pelincir, barulah kaki wanita warga emas itu dengan mudah ditarik keluar. 

Hasil pemeriksaan, buku lali kaki wanita warga emas itu didapati mengalami cedera ringan akibat geseran, namun tidak menyebabkan luka berdarah. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.