Header Ads

Kucing Hidup Digunakan Sebagai Hadiah Dalam 'Claw Machine' Mengejutkan Netizen

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Kita selalu dengar berita-berita aneh dan pelik dan ianya pasti datang dari negara China. Bila kita fikir tiada yang lagi pelik, China pasti akan memeranjatkan kita.

Terbaru, video seorang lelaki bermain 'claw machine' menjadi viral di media sosial China. Tiada masalah bermain 'claw machine' sebab kita pun kadang-kadang main juga. Namun apa yang menarik perhatian ialah hadiah di dalam mesin tersebut. Selalunya hadiah di dalam merupakan anak patung namun kali ini tuan punya mesin meletakkan tiga ekor kucing hidup dalam alat tersebut. 

Dalam video berdurasi 10 saat itu, lelaki tersebut mensasarkan cangkuk kepada kucing bertompok hitam. Cangkuk tersebut diturunkan dan berjaya mengenai leher kucing tersebut. Namun mesin itu gagal mengangkat haiwan tersebut kerana terlalu berat dan besar. Kucing tersebut kemudian kelihatan ketakutan dan mengelak untuk ditangkap.


Menurut laporan Daily Mail, tidak dapat dipastikan siapa tuan punya mesin tersebut namun ianya terletak di sebuah pusat arked. Selepas video tersebut jadi viral, ramai netizen mengecam tindakan tersebut kerana meletakkan haiwan hidup. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.