Header Ads

Lelaki Hidap Penyakit Kaki Gajah, Berat Kaki Cecah 150KG

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Doktor memberitahu seorang lelaki dia menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan kakinya membesar beberapa kali ganda saiz normal dan dia tidak mungkin hidup melebihi usia 20 tahun.

Tujuh tahun kemudian, Liu Zhongqiu, 26, masih hidup mengatasi ramalan berkenaan dan dia percaya ia adalah satu keajaiban.

Memetik Mail Online, media tempatan melaporkan lelaki berasal dari Fuxing, China itu menghidap penyakit elefantiasis atau kaki gajah yang berpunca daripada sejenis jangkitan cacing bawaan nyamuk sejak kecil.

Walaupun mengatasi ramalan doktor, penyakit itu menyebabkan kakinya membesar sehingga mencecah berat 150 kilogram selain menyebabkan dia kesukaran untuk membuang air kecil.

Liu mendakwa dia sudah berputus asa untuk melihat kakinya kembali normal dan kini dia hanya mampu berjuang meneruskan hidup.

Apa yang paling ditakuti Liu adalah melihat kakinya 'meletup' apabila bangun pada waktu pagi.

Sejak mengetahui mengenai penyakitnya itu, Liu merantau ke serata China bagi mencari pakar yang mampu merawat penyakitnya itu. 

Liu kini mengemis di jalanan di Wuhan di wilayah Hubei dan menggunakan wang itu bagi membiayai kos rawatannya di sebuah hospital di situ. www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.