Header Ads

Lelaki Maut Dihempap Buat Kelapa Ketika Sedang Mengait Buah Kelapa

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Ajal tak berbau. Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai dihempap buah kelapa ketika sedang mengait buah berkenaan di FELDA Lui Timur, Jempol pada Sabtu.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, ketika mangsa Azemi Jamaludin, 59, sedang mengait di belakang rumahnya.

Tambahnya, mangsa ditemui anak perempuannya berusia 18 tahun dalam keadaan terbaring dengan mulut dan hidung berdarah.

"Anaknya kemudian menghubungi Klinik Kesihatan Lui Muda dan pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya.

Mayat dibawa ke hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.