Header Ads

'Mata Tak Nampak Cuma Kelabu Nasib Baik Tak Rosak' - Gadis Ini Luah Pengalaman Jadi 'Buta' 48 Jam Akibat Pakai Kanta Lekap

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Pemakaian kanta lekap sudah menjadi kebiasaan sehingga dianggap sebagai aksesori fesyen untuk bergaya. 

Namun, sering kali kita terbaca di media sosial tentang bahaya penggunaan kanta lekap terutamanya yang tidak mendapat kelulusan atau seperti yang dijual di pasar-pasar malam atau secara atas talian. 

Terbaru, seorang gadis Iqa Arze berkongsi pengalaman yang agak ngeri kerana terpaksa 'bergelap' selama 48 jam akibat penggunaan kanta lekap. 

'Belum Kena Belum Tahu'

Assalamualaikum wbt... 

Okay dah seminggu tak bersua dgn facebook ... last week hari Ahad bertarikh 23 April 2017 mmg tarikh keramat yg mmg tak akan iqa lupa sampai bila2 ...

Lumrah perempuan tak pernah rasa puas, padahal Allah dah bagi semua elok2 ... nak menyegak nak melawa nak nampak cantik .. ubah ciptaan Allah , touch up sana sini .. lukis sana sini .. tapi bila Allah kata KUN FA YA KUN .. maka terjadilah dia .. dan kita kena terima sbb salah dan sifat degil sendiri jugak ..

Selama ni baca dlm fb ja pasal BAHAYA contact lens ni .. tapi bila kena kat batang hidung sendiri .. Allahu .. baru nak ingat Allah .. baru nak sedar semua ni bahaya semua ni buat kita merana .. BENDA KALAU TAK KENA KITA TAK TAU ... bila dah kena mmg serik yg sangat2 ..

'Pakai Contact Sebab Nak Melaram'

I am not contact lens lover and pakai pun just bila ada event/ majlis/ hari2 tertentu shj .. sy mmg pakai spect and mata saya silau yg tinggi.. tapi hati ni teringin kelainan so sy start berkenalan dgn lens tahun lepas .. at first beli yg mahal dekat kedai spect but then bila pakai mcm tak selesa .. then beli online .. 

Alhamdulillah SANGAT SELESA .. (nampak tak? Benda yg bahaya jugak yg selesa 😂) Then recently bila pakai mata selalu jadi kabur . Macam ada asap kat sekeliling .. mulalah nak tanya kawan KL ni tgh haze teruk ke apa .. ke asap vape bdk2 kampus 😂 tapi diorang cakap takdak apa pun .. bila jadi mcm tu saya akan buang lens then pakai spect balik ..

So , last ahad ada kenduri my cousin kawen , so sbb nak melaram sakan saya pun pakai lens + with the fake eyelashes, sebab bukan selalu pakai pun plus lens tu baru pakai sekali je .. not to mention bukan expired pun lagi baru sebulan 7 hari.. and masa hari kenduri tu PANAS yang AMAT ( orang perlis dh paham panaih kat sini macam mana ..) 

'Mata Rasa Macam Ada Sampah'

Saya start pakai pukul 11 pagi and around pukul 430 petang macam tu mata start kabur and kelabu macam nampak asap gitu .. i ask my parents ajak balik then around pkl 630 petang kitorang gerak balik .

So once sampai rumah saya terus CUCI TANGAN BERSIH2 and cepat2 keluarkan lens .. selalunya bila keluarkan lens mata yg kelabu tu akan okay but NOT THIS TIME .. then saya terus mandi and cuci make up semua but then tetiba mata macam ada sampah or bulu mata dalam mata. 

My fault.. saya pegi tenyehkan mata tu sebab ingat ada habuk or bulu mata .. Mata pedih but still boleh bukak, still boleh layan AME17 siap tgk Fattah Amin lg .. but then air mata keluar non-stop .. start pedih .. so saya naik tidur dgn harapan esok pagi akan okay.

I woke up on 24th April morning tu and guess what .. kelabu . Langsung tak nampak apa . And dh start bengkak . Kelam kabut cari klinik but sadly hari Isnin tu Public Holiday so satu klinik kat Perlis ni tak bukak. 

'Selaput Mata Hitam Rosak Dan Luka'

Kecemasan hospital pun ramai .. dalam hati berdoa sangat2 jgn ada apa2 jadi kt mata .. then my mom decide nak refers pharmacist je , so dia cakap allergic to contact lens and bg ubat titik. Balik rumah titik and rehat jap and guess what mmg lega sikit .. but after 2 hours mcm tu mata start pedih yg amat and langsung tak boleh nak gerakkan mata .. so saya terpaksa pejamkan mata and terus my parents bawak g Alor Setar and Alhamdulillah we went to PMC and kebetulan pakar otw balik AOR .. 

Dia checked and cakap i should be thankful sbb takdak infection .. BUT !!! Selaput mata hitam saya dah 90% ROSAK DAN LUKA .. masa tu memang redha je la apa yg akan jadi .. Dr Bashkaran advised me yang sebenarnya lens ni yg mahal ke murah ke SAMA SAHAJA .. selaput mata kita ni is very very fragile .. 

Setiap kali kita nak keluarkan lens our selaput mata ni akan effected jugak .. so kena extra careful .. KEBERSIHAN satu hal, then faktor2 lain macam cuaca, keadaan mata sendiri boleh leads to injury . Lagi satu kalau boleh jgn ambik ubat pharmacy sebab kadang ada yg consist drugs yg boleh terukkan lagi luka mata. 

'48 Jam Gelap Dan Kosong'

Saya memang betul2 serik .. bayangkan .. 48 hours . GELAP . KOSONG . Kena pejam mata even boleh bukak .. then bila dah pejam mata akan melekat and bengkak sebab lama tertutup .. dalam hati hanya mampu berdoa .. nak sembuh kena letak titik ubat and krim .. pedih dia pulak Allah ja yang tau ..

Lagi satu yg paling terkesan is bila my parents bertungkus lumus jaga and take a good care of me .. rasa hiba sangat bila mama suapkan makan tolong pakaikan kasut ironkan tudung tolong pimpin ke toilet then sapu ubat semua .. papa pulak sampai ke hulur ke hilir try cari klinik cari doctor semua .. atok pun sampai menitis air mata tgk cucu dia jadi buta kejap ..

So GIRLS AND BOYS , please be extra careful .. BELUM KENA BELUM TAHU guys .. one word . SENGSARA

Sorry panjang sangat and gambar masa awal time tgh happy yg belakang tu tgh merana .. gambar injury 1st day tak ada sbb mata langsung tak boleh bukak



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.