Header Ads

Netizen Indonesia Terkejut Jakarta Dilanda Salji Selepas Hujan Lebat

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Heboh di media sosial Indonesia apabila Jakarta dilanda 'salji' selepas hujan lebat di Jalan Jenderal Sudirman kelmarin. 

Beberapa gambar dan video yang dirakam menunjukkan jalan berkenaan putih seperti dilitupi salji. Dan ianya telah mencetuskan pelbagai laporan palsu sehingga menjadi tular dikalangan netizen dengan dakwaan salji telah melanda Jakarta. 

Namun, sajli tersebut sebenarnya adalah buih dari cecair sabun yang tumpah di jalan raya. Ianya dilaporkan tumpah dari satu projek MRT di kawasan berkenaan. 

Jurucakap MRT, Tubagus Hikmatullah, cecair itu digunakan untuk melembutkan tanah ketika proses menggali terowong untuk projek MRT berkenaan. Tambahnya lagi, lebihan cecair itu disimpan di tapak projek tetapi ianya tumpah dan mengalir ke jalan raya. 

Cecair itu kemudian berubah menjadi buih putih seolah-olah seperti salji akibat hujan yang turun tidak lama kemudian. 

Tubagus memberitahu kepada portal Jawapos.com cecair tersebut tidak berbahaya dan pihak beliau akan mengambil tindakan tegas agar kejadian tersebut tidak berulang. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.