Header Ads

Ngeri! Jari Tengah Pekerja Restoran Hancur Tersepit Mesin Pengisar Daging

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Ngeri! Lebih setengah jam seorang pekerja restoran terpaksa menanggung kesakitan kerana tangannya tersepit di dalam mesin pengisar daging di sebuah restoran di lorong Binjai, Kuala Lumpur.

Mangsa dikenali sebagai Remy, 20, ketika itu sedang melakukan kerja mengisar daging di restoran berkenaan pada kira-kira jam 5 petang semalam (Sabtu).

Memetik Bernama, usaha pihak bomba bagi mengeluarkan tangan lelaki terbabit dari mesin berkenaan mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan tangan kanan mangsa yang mengalami kecederaan serius.

"Akibat tersepit mesin pengisar itu, jari tangan mangsa telah putus dua manakala jari tengah hancur dan mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.