Header Ads

'Saya Hairan Akak Ni Takde Perasaan Ke? Suami Buat Macam Tu Masih Lagi Sabar"

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Dari mula kawin saya berkawan dengan jiran saya ni. Dia kira dah jadi mcm ikutan saya. Masa mula kawin kan perangai tak matang lagi. Kalau saya merajuk, ke angin ke dgn suami. dia la nasihatkan. 

Saya selalu perhatikan apa saja dia buat. Salam suami sebelum jln kerja..saya buat. Bangun pagi awal kemas rumah masak, saya ikut. Dia jogging untuk kesihatan saya cuba ikut. Tapi satu hal yg saya tak mungkin dapat ikut. Dia isteri pertama dan ada dua orang madu. Dia dah ada dua orang anak. 

"Kena Tampar Dengan Madu"

Tapi entah dimana kurang dia hingga mendapat dua orang madu. Dia sabar je orangnya. Pernah satu hari, saya tengok perempuan mengandung tampar kak tu. Dia hanya diam dan beristifar. Saya pergi kat dia tanya kenapa pukul kak ni. Perempuan tu jawab.." sebab dia bodoh. Dah tahu madu tgh sarat, kenapa minta suami balik kat rumah. Harusnya suami tu dgn dia yang sarat. 

Kak tu diam je. Petang tu suami dia balik, dia layan ok macam tak ada apa jadi. Saya tanya, dh cerita ke hal tadi. Dia cakap, x perlu ceritakan benda yang tak ada keuntungan. Sampai tahap kak tu terpaksa jual karipap dari rumah ke rumah sebab suami tak cukup duit berbulan2 selepas madu dia beranak. Dia sabar je.

Lama lepas tu, suami dia tak balik dah. Saya tak tanya takut dia tertekan. Dia macam biasa, bangun awal kemas rumah.. Kemudian bawa raga jual kuih nasi lemak kadang laksa. Bayangkan saya yang tengok pun geram suami dia buat macam tu..tapi dia tetap ceria. 

"Suami Akak Hutang Ah Long"

Satu haritu, saya perasan ada ramai orang kat rumah dia. Anak dia nangis2. Dia diuji lagi. Suami dia hutang ahlong. Dan dia juga orang cari. Kesian sangat tengok dia. Pagi tu bengkak mata dia berniaga. Mungkin lama menangis malam. Dia sempat cakap dekat saya nak minta tolong suami hantarkan dia. 

Balik tu suami cakap dia gadaikan barang kemas dia untuk bayar ahlong. Saya rasa nak terkoyak hati sakit hati mengenangkan kak tu. Dia masih sabar dan semakin ceria. Makan tahun juga la dia macam tu.. Tanpa suami. Sekali suami dia orang jumpa kat bawah block. Lumpuh separuh badan dan tak tau siapa hantar letak kat bawah block dekat lift. 

"Madu Tak Pernah Tengok Suami Ketika Lumpuh"

Kak ni sambut elok suami dia. Dia jaga macam tak ada apa yang jadi. Saya macam hairan. Kak ni tak ada perasaan ke? Hp ke boleh delete benda yang dia tak suka. Susah nak faham kak ni. Rezeki kak ni baik. Dari berniaga ke pintu, dia selalu dapat tempahan catering. Orang kalau penat makin kurus, cengkung. 

Dia tak.. Makin sihat, wajah ceria dan tak nampak macam orang penat kejar tempahan. Madu dia, seorang pun tak pernah datang jenguk suami tu. Lama dah kami kenal.. Lama dah tak jumpa kak tu sejak pindah. Tapi keistimewaan akk tu la buat saya terpegun. Saya nak jadi macam dia tapi kenapa susah ye. Adakah hati saya belum cukup sempurna jadi terbaik? - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.