Header Ads

Tak Senonoh! Pelajar Sekolah Ini Kantoi Sedang Rakam Gambar Bawah Skirt Wanita

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Agak malang sekali pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang yang sudah pandai menjadi pelaku sumbang. Terbaru, seorang wanita berkongsi pengalaman berjaya menangkap dua budak sekolah yang cuba mengambil gambar bawah skirt ketika dia sedang menaiki eskalator. 

Wanita itu menulis "Wahai gadis, sentiasa berhati-hati bila naik eskalator atau tangga. Hari ini saya berjaya dapat menangkap budak lelaki memakai seluar sekolah dan juga seorang lagi budak memakai baju gelap cuba menangkap gambar bawah skirt saya. 

"Budak muda itu berumur lingkungan 14 atau 15 tahun dan yang muda baru berusia 12 tahun. Ketika itu saya sedang menaik eskalator dari Mid Valley ke stesen komuter KTM" 

"Saya menyedari tindakan mereka dan apabila mereka cuba melarikan diri seorang promoter lelaki yang berdiri berdekatan berjaya menghalang mereka."



Setelah berjaya menangkap mereka, gadis itu merampas telefon bimbit dan membuang segala gambar bawah skirt yang dirakam beserta gambar mangsa yang lain. 

Gadis itu menambah "Pada umur sekarang ini, anda patut belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang lebih cerah tapi malangnya kamu menghancurkan masa depan dengan membuat perkara tidak berfaedah ini. Oleh itu, saya akan membuat laporan polis"

Bagi mereka yang membaca ini, tolong kongsikan perkara ini supaya dapat mengelak perkara yang tidak diingini. Hati-hati bila nampak mereka ini sekitar Mid Valley atau KL Sentral." Gadis itu mengakhiri status dengan berterima kasih kepada 2 lelaki yang membantunya. 

Nampaknya, para wanita disaran lebih berhati-hati lagi dimana sekarang ini ramai pelaku sumbang berani membuat kegiatan tak senonoh di tempat awam. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.