Header Ads

Wanita Telan Wang Kertas Hampir RM30 Ribu Akibat 'Perang' Dengan Suami

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Satu lagi perkara pelik dilakukan golongan bersikap pelik. Seorang wanita Columbia dilaporkan menelan beberapa keping wang kertas berjumlah lebih RM30,306 (ASD7,000) akibat terdesak untuk menyembunyikan wang berkenaan ketika berbalah dengan suaminya.

Memetik Reuters, doktor dari Amerika Selatan yang melakukan pembedahan mengeluarkan wang berkenaan berkata wanita berusia 30 tahun itu menelan berkepuk-kepuk wang kertas not 100 dolar.

Wang itu merupakan hasil jualan beberapa perkakas elektrik di rumahnya yang akan digunakan untuk pergi bercuti bersama suami.


Doktor terpaksa melakukan operasi bagi mengeluarkan wang kertas daripada perut dan usus wanita terbabit, malah mereka berjaya mengeluarkan sebanyak 57 keping not ASD 100.

Pengarah Unit Pembedahan Hospital Universiti Santander, Juan Paulo Serrano berkata kebanyakan wang terbabit dikeluarkan daripada perut, manakala selebihnya melalui usus besar.

Tambahnya, tindakan wanita itu menelan wang terbabit tanpa dibaluti plastik disifatkan sebagai tindakan terdesak.  - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.