Header Ads

Warga Afrika Merusuh, Anggota Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Amaran

Nak Isu Viral? Like Page Kami:




Sekumpulan lelaki merusuh bagi menghalang tiga rakan mereka ditangkap oleh pihak polis. Anggota terbabit terpaksa melepaskan tembakan ke udara bagi meleraikan kumpulan lelaki terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asister Komisioner Ali Ahmad berkata

"sekumpulan lelaki dipercayai warga Nigeria cuba menghalang anggota melakukan tangkapan dengan menakut-nakutkan dan membaling botol serta kotak.


"Selepas melihat keadaan menjadi semakin tegang dan tidak terkawal pihak polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara bagi mengawal keadaan serta keselamatan anggota bersama suspek ditahan.

"Tiga suspek terbabit berjaya di bawa ke IPD Sentul dengan selamat dan susulan kejadian pihak polis turut menahan lapan lelaki warga Nigeria berusia 25 hingga 32 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang kakitangan awam daripada nenjalankan tugasnya"

Tiga suspek tersebut disyaki terbabit dengan kes penipuan. Video kejadian juga menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik di Facebook. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.