Header Ads

Berang Tak Dapat BR1M , Pemuda Tetak Kereta Pengerusi JKKK




gambar hiasan

Setelah DS.Najib mengumumkan pemberian BR1M peringkat ketiga akan dilaksanakan sebelum 10 Jun , ramai yang ternanti-nanti untuk mendapatkan sedikit bantuan tersebut sempena menyambut aidilfitri nanti . Buat penjawat awam , menerima bonus raya dari kerajaan persekutuan .

Besut, 8 Jun – Berang kerana tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), seorang lelaki bertindak mengamuk dan menetak kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dalam kejadian di Kampung Gong Duek, Hulu Besut semalam.

Bernama melaporkan, kejadian itu menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan ‘taser gun M26C’ namun tidak memberi kesan sehingga lelaki berusia 30 tahun itu melarikan diri ke dalam hutan.

Laporan berkata, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata sebelum kejadian, lelaki itu dilihat mengalami gangguan emosi dan cuba mengugut kedua ibu bapanya yang berusia 80-an bagi mendapatkan wang.

“Apabila cuba ditenteramkan, suspek beralih pula untuk meminta wang daripada Pengerusi JKKK itu dan dia bertambah marah apabila permintaannya tidak dilayan,” katanya.

Zamri juga berkata suspek yang berang telah menuduh mangsa tidak melayani permohonan wang BR1M yang dipohonnya sebelum ini hingga tercetus tindakan ganas menetak bahagian belakang kereta Wira kepunyaan mangsa.

“Walaupun empat tembakan dilepaskan ke atas tubuh mangsa termasuk pancutan air oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang membantu, suspek masih tidak dapat ditangkap tetapi sebaliknya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

Katanya, suspek mempunyai tiga kesalahan lampau termasuk Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan pihak polis meneruskan usaha untuk memberkas suspek hari ini setelah memberhentikan operasi, menjelang berbuka puasa semalam.

Sumber: Bernama




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.