Header Ads

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Anggota Peronda Lebuhraya Yang Baik Hati Jadi Hero Selamatkan Keadaan

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Pengalaman kereta rosak adalah satu perasaan yang mengecewakan. Terkandas di tepi jalan dan terpaksa menunggu pertolongan tiba. Ianya juga mungkin membahayakan sekiranya anda seorang pemandu wanita yang berseorangan. 

Terbaru, seorang netizen berkongsi pengalaman yang dialaminya apabila tayar keretanya tiba-tiba pecah ketika mahu pulang ke kampung halaman untuk melawat mendiang ayahnya. 

'Saya menghubungi abang saya untuk bantuan, dan dia masih lagi dalam perjalanan tetapi tidak lamam kemudian sebuah kereta peronda lebuh raya menghampiri kereta. Mereka bertanya apa yang rosak dan saya memberitahu tayar kereta pecah.' 

'Kedua-dua anggota tersebut turun dari kereta mereka dan membantu menukar tayar kereta. Saya amat bersyukur dan tak berhenti mengucapkan terima kasih. Ketika itu cuaca amat panas terik dan tiada siapa yang berhenti menghulurkan bantuan.'

Saya amat bertuah untuk bertemu dengan anggota yang baik hati itu dan membantu menukar tayar kereta yang pecah. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka!'

Rata-rata netizen memberi pujian kepada anggota peronda lebuhraya tersebut membantu gadis tersebut. Gadis tersebut ingin memberi sedikit ganjaran tetapi mereka menolak tawaran tersebut. 

Tak dinafikan anggota peronda lebuhraya juga sentiasa berkhidmat untuk memastikan keselesaan pengguna lebuhraya dan perjalanan mereka menjadi lebih lancar. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.