Header Ads

'I Will Always Love You' - Kereta Kena Conteng Dengan Pen Penanda Merah Akibat Letak Kereta Ikut Suka Hati




Berita berikut mungkin menjadi ikhtibar buat mereka yang suka meletak kereta secara 'double parking' atas sikap pentingkan diri sendiri.  

Terbaru, sebuah kereta diconteng pelbagai perkataan menggunakan pen penanda merah dipercayai kerana menghalang kenderaan lain.

Memetik laporan Berita Harian, kereta itu diconteng termasuk “I Will Always Love You” di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Mengikut akhbar itu yang memetik akaun Facebook Sabah Viral, kejadian berlaku semalam sebelum tular di media sosial.

Semakan mendapati bahagian sisi kanan kereta penuh contengan perkataan, selain lakaran kartun.

Sementara itu, ketua polis daerah Kota Kinabalu, M Chandra berkata keadaan terkawal dan kawasan sekitar kenderaan itu dipantau polis.

“Belum ada laporan polis dibuat oleh pemilik kereta itu kerana menghalang kenderaan lain di hospital berkenaan.” - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.