Header Ads

Ifa Raziah Jatuh Pengsan Tidak Sedar Diri di Lokasi Pengambaran.



Ifa Raziah telah pun memuatnaik satu rakaman video yang sedang menunjukkan penyanyi dangdut gelek itu telah pengsan ketika berada di sebuah sesi penggambaran. Video pendek tersebut pula telah menyaksikan saat-saat cemas dikalangan rakan-rakan, artis dan suami Ifa apabila melihat Ifa yang tidak sedarkan diri ketika dan saat itu.

Hampir Semua yang ada di situ cuba memanggil nama Ifa dan cuba untuk mengejutkannya namun tiada sebarang tindak balas pergerakan yang ada pada Ifa.

Di ruangan kapsyen video ini pula tertulis satu ayat,

” Kerja back to back non stop akhirnya ifa tak tahan tumbang di lokasi Pembikinan Video Klip lagu #dangdutlebaran@bintangdangdutmalaysia bersama Bintang2 Dangdut Malaysia..Doakan ifa cepat sembuh πŸ™πŸ™πŸ™ Sponser by @makdara_jmd @abibjmd ..#ifaraziah#ifaraziahdivas #artisversatilpopular#terusterang #sukerrbanggee #pukpukpuk “

jika menurut laporan dari Media Hiburan, mereka telah menghubungi suami kepada Ifa, iaitu Mohd Yani Abdul Rahman untuk bertanya tentang keadaan dan kesihatan Ifa. Yani berkata, dia terasa sangat berdebar-debar ketika Ifa jatuh dan pengsan dan ketika itu bermacam-macam perkara yang bermain di fikirannya. Namun Yani berkata lagi, rupa-rupanya Ifa hanya membuat prank kepadanya kerana semalam merupakan hari lahirnya, begitu rupanya.

Ifa si penyanyi gelek buat Lakonan semata-mata rupanya! Apa-apa pun agak menjadi juga Ifa buat prank terhadap suaminya, nampak si suami muka dah mula pucat lesi melihat isterinya terkulai layu di tasik madu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.