Header Ads

[ KEJAM ] Sebelum Bunuh Diri , Wanita Ini Dedah Penderitaan Dirogol Oleh Abang , Bapa Dan Bapa Saudara




Pendedahan seorang wanita, Pitchie Inoue bahawa dia menjadi mangsa rogol oleh anggota keluarganya sendiri sebelum bertindak membunuh diri, telah mengejutkan penduduk di Filipina.

Pitchie, dalam video yang dirakamkannya itu telah mendedahkan bagaimana dia menjadi mangsa rogol bapa, abang, bapa saudaranya dan rakan kepada keluarganya.

Lebih menyedihkan Pitchie berkata, ibunya mengetahui perkara itu namun hanya mendiamkan diri kerana malu sekiranya perkara berkenaan terdedah.

Pitchie telah berkahwin dan bekerja di Jepun ketika dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri. Walaupun suaminya dapat menerima keadaan itu namun pengalaman dirogol terus menghantuinya.

Malah kata-kata salah seorang daripada penyerangnya bahawa sekiranya dia mahu membunuh diri, maka dia perlu melakukannya di luar negara, bukan di Filipina, terus memberikan tekanan kepadanya.

Pitchie telah menelan berpuluh biji pil dan turut merakamkan pendedahan serta tindakannya menelan pil terbabit menerusi telefon bimbitnya.

Video itu kemudiannya dikongsi oleh seorang lelaki, Jayson D delos Reyes di dalam Facebook dan telah dikongsi lebih 2,500 orang.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.