Header Ads

[ Kes Dera ] Hanya Kerana Tertumpahkan Nasi , Kanak-kanak Ini Teruk Dipukul Dengan Kayu






PUCHONG, SELANGOR – Susulan viral video seorang kanak-kanak perempuan dipukul neneknya, polis telah menahan wanita berkenaan.

Video berdurasi tiga minit yang dirakam seorang individu menunjukkan wanita itu menampar dan memukul mangsa berusia enam tahun dengan kayu lebih kurang 30 kali, lapor Harian Metro.

Play Video :


video


Mangsa yang sebelum itu sedang makan nasi, diarahkan turun sebelum dipukul oleh wanita itu hanya kerana tertumpah nasinya. Mangsa dipukul bertubi-tubi tanpa belas kasihan sehingga menangis.

Malah wanita itu berulang kali menuduh mangsa bersikap kurang ajar, anak sial dan “Baik kau mati lagi bagus!”.

Berkata kepada perakam video itu, dia tidak kisah jika video itu diviralkan di media sosial.

Difahamkan, mangsa bukan ahli keluarga wanita terbabit, sebaliknya mangsa hanya dijaga sementara waktu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azlin Sadari mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Mangsa sudah diselamatkan dan wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.