Header Ads

[ KES UBER ] 4 Orang Lelaki Ditahan Reman Berhubung Pendakwaan Pencabulan Gadis Vietnam





Bagi yang masih tidak tahu kes pemandu UBER dibelasah sekumpulan lelaki lewat semalam ,



Empat lelaki, termasuk seorang pemandu Uber, direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pemandu Uber yang parah dipukul selepas didakwa terbabit dalam cubaan mencabul seorang wanita di Lintang Paya Terubong, di sini, kelmarin. 





Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Ahmad Tajudin Zain terhadap semua lelaki berumur 29 hingga 40 tahun itu, kira-kira jam 10 pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3.56 petang itu, pemandu Uber berkenaan yang mahu mengambil seorang wanita Vietnam di Lintang Paya Terubong, tiba-tiba diserang dan dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana didakwa mencabul wanita terbabit. 

Kejadian itu dirakamkan dalam video berdurasi empat minit 22 saat, yang kemudiannya menjadi viral di laman sosial. Pemandu Uber itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, manakala tiga lagi suspek disiasat mengikut Seksyen 148 kerana memiliki senjata dalam rusuhan. -BH


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.