Header Ads

Setelah Dikecam Teruk Netizen, Watson Tampil Mohon Maaf Iklan Raya Timbul Kontroversi




Susulan dikecam orang ramai, syarikat rangkaian penjual barangan penjagaan diri Watsons Malaysia (Watsons) telah menarik balik iklan raya yang dikatakan menimbulkan kontroversi.

Dalam kenyataan umumnya dalam Facebook, Watsons berkata klip video Legenda Cun itu sebenarnya mahu menonjolkan nilai moral berdasarkan kisah Dayang Senandong.

"Kami meminta maaf kerana sebahagian peminat tersinggung dengan video berkenaan dan ia bukanlah tujuan kami."

"Kami mengambil serius maklum balas daripada peminat," kata kenyataan ringkas itu yang dimuat naik di akaun Facebook Watsons Malaysia. Klip video yang dipertikaikan itu juga didapati sudah dipadamkan.


Antara aspek yang menjadi rungutan orang ramai ialah watak gadis berkulit hitam legam serta jenaka yang memperbodohkan orang lain.

Isu utama yang dipertikaikan ialah bagaimana komersial berkenaan seakan-akan memberi takrif "cantik" dengan kulit putih dan sebaliknya hitam dianggap hodoh.

Walau bagaimana pun, syarikat terbabit menegaskan mereka berpegang teguh kepada keyakinan bahawa aspek perpaduan dan keadilan adalah aspek penting dalam negara dan mereka menghormati semua orang tanpa mengira bangsa. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.