Header Ads

'Sungguh Ayah Rindu Kau Nak' - Luahan Hati Bazli UNIC Buat Ramai Netizen Menangis




Semalam, berita kematian anak kepada anggota nasyid UNIC, Bazli banyak memberi kesan kepada netizen yang mengikuti kisah Syahid yang bertarung nyawa melawan penyakit yang dihidapi sejak Disember tahun lalu. 

Dalam satu foto yang dimuat naik menerusi Instagram milik Bazli sungguh menyayat hati orang ramai. 

'Sungguh Ayah Rindu Kau Nak'


Syahid.. Waktu ni biasanya ayah akan salin pampers syahid, ayah akan lap badan syahid, ayah usap lembut bdan syahid, ayah betulkan posisi bantal syahid, ayah akan selimutkan syahid, ayah akan peluk syahid sampai syahid tenang sambil ayah akan baca bisikan kt telinga syahid surah2 yg syahid suka.. Sungguh ayah rindu kau naakk

Syahid.. Ayah masih terkenang detik semalam saat ayah tgu d luar penuh debaran dan tiba2 doktor keluar blik bgtau yg syahid dh xd dan ayah sila boleh masuk sekarang utk peluk anak.. Hanya Allah yg tahu perasaannya.

Syahid.. Jika Allah btanya kelak tntg ayah. Syahid brtaulah bahwa ayah dah cuba sedaya mampu utk mengubati dan mengurus syahid. Ayah dah cuba mendidik syahid dgn didikan paling terbaik. Ayah dah jalankan amanah sebagai ayah dgn cara paling bhikmah.

Syahid.. Jangan lupa tarik tgn umi ayah pimpin tgn kami ye utk masuk syurga. Kita baca quran sama2 lg kita bgrau sama2 d syurga indah bahagia.

Syahid bnyk mengajar ayah supaya bsabar dalam membesar dan mengurus anak. Syahid inspirasi ayah utk menjadi ayah yg kental berjiwa pahlawan. Syahid mengajar ayah spaya mnjadi jantan yg kuat. bangkit dan bangkit xmudah menyerah lembik.

Syahid.. Waktu kelahiran syahid ayah cipta khas lagu Bintang Syurga tujukan utk syahid. Spya ia menjadi doa dan motivasi kau. Harini kau benar2 menjadi bintang syurga naaak.

Syahid.. Berlari2lah kau d dalam taman syurga dgn penuh riang. Xd sakit lgi xd ubat lg xd merintih lg kerana kau adalah BINTANG SYURGA. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.