Header Ads

Sungguh Menyayat Hati! Bayi Lelaki Berusia Setahun Maut Digilis Lori, Pemandu Larikan Diri




Malang tak berbau! Seorang bayi lelaki berusia setahun maut di tempat kejadian akibat digilis lori di Jalan Kampung Baru Cina, Semenyih, Kajang, 10 malam kelmarin.

Ketika kejadian A Harianiskumar dikatakan menunggang motosikal bersama abang, ibu dan neneknya di kawasan Flat Kampung Baru Cina.

Memetik laporan Utusan Online, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, sebuah lori yang baru keluar dari flat berkenaan melanggar mereka.

Kejadian menyebabkan semua mangsa tercampak ke jalan, manakala kanak-kanak itu terjatuh di bawah tayar lori dan digilis.


"Akibatnya, mangsa parah di kepala dan disahkan maut di lokasi,"  katanya. Turut cedera dalam kemalangan itu anggota keluarganya A. Anandhan, 26; M. Vijayalata, 25 dan V. Tamilselvi, 46.

Dilaporkan kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kajang dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kini pemandu lori yang melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya sedang dijejaki polis.  - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.