Header Ads

Tahniah! Naelofar Hijab Jadi Tudung Rasmi Untuk Juruterbang Wanita Air Asia




Pada April lalu, aktres, hos dan usahawan berjaya, Neelofa tercalon dalam 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. 

Terkini, Neelofa yang terkenal dengan tudung jenamanya sendiri iaitu Naelofar Hijab semakin meluaskan empayar perniagaannya apabila tudung keluarannya akan dipakai secara rasmi oleh juruterbang wanita berhijab AirAsia.

Memetik mStar, tudung berkenaan yang direka khas dengan fabrik istimewa berwarna putih mula dipakai juruterbang berhijab syarikat itu sejak bulan ini yang turut membabitkan sektor penerbangan jarak jauh iaitu AirAsia X.

Neelofa berkata, hijab yang dihasilkan itu amat praktikal dan bergaya yang memudahkan pergerakan pemakai.

"Hijab itu turut mempunyai simbol Naelofar Hijab yang bertatahkan kristal Swarovski untuk sentuhan akhir sesuai kepada pemakainya," katanya.

Tambah Neelofa, sebelum dilancarkan, prototaip yang dihasilkan telah menjalani pelbagai ujian pemakaian oleh para juruterbang wanita syarikat penerbangan itu.

Sementara itu Ketua Bahagian Penjenamaan AirAsia Rudy Khaw berkata, buat julung kalinya, AirAsia berkerjasama dengan pereka hijab untuk menghasilkan hijab bagi para juruterbang wanita mereka.

Pihaknya juga turut merancang untuk bekerjasama dengan Naelofar Hijab dalam memberikan nafas baharu kepada rekaan hijab kepada semua pekerja lain di AirAsia.

Tahniah! semakin murah rezeki Neelofa. Semoga kejayaan Neelofa dapat dijadikan inspirasi buat golongan belia yang ingin menjalankan perniagaan. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.