Header Ads

Tahniah Saharul Timang Cahaya Mata Bayi Lelaki .




KUALA LUMPUR: Pelakon, Saharul Ridzwan kini bergelar bapa selepas isterinya, Qaabila Deena Emir selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada jam 3.49 petang, semalam.

Khabar gembira berkenaan dikongsi pasangan terbabit menerusi laman Instagram masing-masing kira-kira dua jam selepas kelahiran si kecil seberat 2.8 kilogram itu. Saharul, 28, kemudian turut menyatakan menemani Deena sepanjang proses melahirkan selain meluahkan penghargaan di atas pengorbanan isteri bertarung nyawa dan berdoa bayi itu menjadi anak yang soleh. 

SAHARUL Ridzwan dan isteri menyambut kelahiran bayi pertama mereka semalam. 

"Alhamdulillah. Terima kasih wahai isteriku. Saya ada bersama awak dalam bertarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita. Tak terbalas pengorbanan awak. "Terima kasih kerana menjadi orang yang faham diri saya. 'I love you so much' sayang dan selamat datang anak kesayangan. Semoga menjadi anak yang soleh, yang tidak tinggalkan kami waktu hari tua kami nanti," katanya.

 Kata-kata menyentuh kalbu itu dimuat naik menerusi laman peribadinya kira-kira jam 2.30 pagi tadi dengan disertakan gambarnya bersama dua insan tersayang di dalam bilik hospital. Begitupun, wajah bayi tidak didedahkan. 

Terdahulu, sekitar tengah hari semalam bintang Seindah Takdir Cinta itu memaklumkan isterinya sudah dimasukkan ke hospital dan kira-kira jam 5 petang, beliau memuat naik status 'Alhamdulillah' pula bersama keterangan gambar mengenai berita kelahiran. Saharul dan Deena yang juga usahawan butik online melangsungkan pernikahan pada 16 September tahun lalu di Putrajaya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.