Header Ads

[VIDEO] Mat Rempit Menangis Dikejar Polis Sampai Habis Minyak





AKSI seorang anggota polis bermotorsikal mengejar seorang 'mat rempit' berakhir apabila difahamkan 'mat rempit' tersebut kehabisan minyak petrol untuk terus melarikan diri daripada ditangkap.


Video berdurasi lebih 6 minit yang dirakam melalui topi keledar anggota polis itu menjadi tular (viral) di laman sosial Facebook, menyaksikan bagaimana penunggang motorsikal yang cuba melarikan diri dari ditangkap Polis itu 'mencilok' dengan gaya tersendiri untuk mengelak pelbagai kenderaan dan halangan di hadapannya.

Malah ada satu ketika di tengah-tengah rakaman, penunggang itu sanggup melalui sebuah laluan bertangga untuk terus melarikan diri. Bagaimanapun akhirnya dia terpaksa akur dan menyerah diri apabila motosikal yang ditungganginya kehabisan minyak.


Anggota Polis yang mengejar dari arah belakang segera mengarahkannya untuk meniarap di atas tar jalan dan menyerah diri. Menyedari keadaannya yang sudah tidak dapat lagi melarikan diri, 'mat rempit' tersebut akur.

Di bawa ini rakaman video yang dimaksudkan. Sila klik button 'play' untuk menonton.
Difahamkan rakaman kejadian ini bukanlah diambil di Malaysia.


video






No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.