Header Ads

Apa Nak Jadi! Penduduk Kampung Terkejut Kepala Bayi Tanpa Anggota Badan Dijumpai Di Sabah

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Apa dah nak jadi ni? Beberapa ekor anjing yang bergaduh di hadapan sebuah rumah di Kampung Kimolohing pada pagi Ahad lalu telah membawa kepada satu penemuan yang mengejutkan! 

Seorang lelaki warga tempatan terkejut apabila menemui kepala bayi tanpa anggota badan! Dalam satu laporan New Sabah Times, lelaki tersebut sedang menjemur pakaian apabila melihat ahli keluarganya dan jiran sedang meneliti sesuatu. 

Beberapa ekor anjing kelihatan sedang berebut makanan dan mereka menyangka benda tersebut adalah bangkai ayam kerana berupa seperti ketulan daging. Namun begitu, setelah disiasat objek tersebut adalah kepala bayi tanpa anggota badan. 


Lelaki tersebut bergegas membuat laporan polis dan pihak polis telah membawa kepala bayi tersebut ke Hospital Ranau untuk siasatan lanjut. Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati hanya soket mata dan tulang hidung yang tanpa rahang saja tinggal pada kepala bayi berkenaan. 

Pihak polis juga telah menahan seorang wanita tempatan berumur dalam lingkungan 20an serta seorang lelaki warga tempatan pada Isnin lalu untuk membantu siasatan. Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu pihak polis. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.