Header Ads

'Api Neraka Tu Panas 99 Kali Ganda' - Ini Respon Netizen Bila Raja Ilya Sanggup Buat Pembedahan Untuk Berlakon Filem Hollywood

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Amboi..amboi..amboi..Raja Ilya sanggup untuk melakukan pembedahan semata-mata mahu membintangi filew 'superhero' terbitan Marvel yang mungkin filem Hollywood pertama lakonannya. Dalam satu laporan BH Online, Raja Ilya berkata beliau harus berkorban untuk kelihatan setanding dengan pelakon antarabangsa lain. 

Untuk itu, beliau perlu melakukan persedian awal termasuk menjalani pembedahan dan menghasilkan otot tubuh. Pelakon cantik berusia 32 tahun itu juga masih berpegang kepada agama dan pihak produksi tersebut tahu dia juga seorang Muslim. Raja Ilya juga berkata beliau tidak akan beraksi bogel mahupun babak panas yang boleh menjejaskan namanya.

Pelakon tersebut perlu menjalani latihan berlari pada awal tahun depan untuk meningkatkan stamina dan akan berangkat ke Amerika Syarikat pada Disember ini. 

Namun begitu, tindakan Raja Ilya itu mendapat cemuhan daripada netizen. Rata-ratanya memberi respon negatif. Ada yang menganggap pelakon tersebut sebagai penunggang agama kerana walaupun beragama Islam dia masih boleh memberi kelonggaran untuk berpakaian seksi. 

Segelintir netizen pula memberi komen sinis kalau babak yang dilakonkan kelak cuma 'pegang tombak' tak perlulah untuk melakukan pembedahan. Ada juga yang suruh bertaubat kerana 'api neraka itu panas 99 kali ganda' dan 'dalam kubur nanti Allah tak beri kelonggaran dengan dosa2 yang dibuat'. 

Semoga maju jaya untuk Raya Ilya! Tertunggu jugak filem apa yang bakal dilakonkan oleh pelakon cantik ini. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.