Header Ads

Babak Berpeluk Syafiq Dengan Hannah Cetus Kecaman Netizen, Ini Respon Dari Syafiq Kyle




Drama lakonan Syafiq Kyle dan pelakon baru Hannah Delisha sedang hangat ditayangkan sejak 3 Julai lalu. Drama Mencintaimu Mr Photographer itu bagaimanapun mengundang kemarahan orang ramai kerana salah satu adegan dalam drama itu yang menyaksikan pelakon berkenaan berpelukan mendapat kecaman. 

Aksi tersebut dilihat telah membelakangkan nilai-nilai murni seseorang Islam. Drama yang diadaptasi oleh novel itu juga didakwa tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga. 

Dalam satu status Instagram David Teo yang juga merupakan produser drama berkenaan telah berkongsi sedutan aksi tersebut yang nyata menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.  Berikut antara komen netizen yang ditulis dalam akaun IG David Teo. 


Babak yang mencetuskan kontroversi itu apabila Syafiq Kyle dilihat memeluk sambil menyandarkan kepalanya pada bahagian atas dada Hannah Delisha. 

Netizen meluahkan rasa kesal di ruangan komen IG David Teo dan merasakan adegan tersebut tidak perlu kerana mengabaikan sensitiviti kaum Melayu yang beragama Islam. 

Dalam respon terbaru kepada Mstar Online, Syafiq memberitahu: 

"Saya ada teori saya sendiri dan ada juga drama yang saya tak pegang langsung. Kita ikut skrip dan penonton boleh bersuara jangan bersentuh, itu... ini, tetapi mereka tak ada kuasa untuk menilai saya siapa, Hannah siapa atau director siapa kerana kita masing-masing tahu apa yang kita kerjakan," katanya yang sudah mengjangkakan aksi itu akan menjadi isu. 

A post shared by David Teo (@davidteo99) on


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.