Header Ads

Babak Ngeri Dari Drama Tempatan Ini Buat Netizen Terkejut Sehingga Jadi Bahan Lawak

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Jangan salah anggap. Kita semua sokong filem dan drama tempatan tetapi ini sangat-sangat menghiburkan hati kami. 

Awal hari ini, seorang pelawak tanah air Jason Leong membuat keputusan untuk berkongsi sebuah video dimana babak dari sebuah drama tv tempatan. Kalau belum tengok sila tonton video tersebut di bawah. 


Babak yang dikongsi bermula apabila dua pelakon lelaki sedang bergaduh manakala dua pelakon perempuan pula menjerit supaya mereka berdua berhenti. Pada mulanya ianya kelihatan sangat dramatik dan penuh mendebarkan. 

Namun babak tersebut terus menjadi kelakar dan mengejutkan apabila salah seorang pelakon lelaki ditolak oleh pelakon lain menyebabkannya dia terjatuh dan tercucuk sebatang buluh. 

Ianya sepatutnya menjadi satu babak yang penuh mendebarkan namun kesan visual dari drama tersebut menjadikan ia sebaliknya. Netizen mula berkongsi video berkenaan dan mula mengkritik drama berkenaan kerana babak yang sepatutnya ngeri akhirnya menjadi kelakar!

Lihat komen-komen dari netizen dibawah: 


Nampaknya drama-drama tempatan sepatutnya patut buat lebih baik dari ini. Jika tiada bajet untuk kesan visual seperti CGI guna sajalah props ataupun make up. Mungkin hasilnya lebih baik dari tangkap muat seperti ini. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.