Header Ads

'Bapa Tidak Kisah Balqis Seksi ' - Tapi Ada Satu Gambar Tu Terlalu Seksi Sangatlah . Tak Sesuai Lah Dik

Nak Isu Viral? Like Page Kami:




Puteri Balqis pelakon cilik yang tidak boleh kita sangkal lagi bakat beliau dalam lakonan . Sangat mendalam jika memegang sesuatu watak dalam sesebuah penceritaan .

Seiring dengan populariti yang kian meningkat naik , pastinya ada gossip liar yang kurang enak untuk didengari . Kalau korang pengikut ig Puteri Balqis Azizi , pastinya korang akan perasan setiap gambar yang dimuatnaik tidak dapat dikomen .

Ketika dihubungi Mstar 

Kata Azizi, 39, semuanya kerana dia tidak mahu emosi anaknya terganggu. Berdasarkan pengalaman sebelum ini terlalu banyak komen berbaur cacian, kejian dan hinaan dilempar netizen yang sekali gus menjejaskan emosi puterinya itu.

"Benar, memang kami sengaja menutup ruangan komen pada setiap posting gambar anak saya di Instagram kerana kami tahu dia tidak kuat untuk hadapi cacian dan tohmahan orang.
"Sebagai ayah saya tahu dia dah cuba jadi yang terbaik untuk diri dan kerjaya seninya. Malangnya masih ada orang yang sengaja mahu mencari salah-silap dia," katanya kepada mStar Online.

Sehingga kini, Instagram Puteri Balqis iaitu @rockingbalqis mempunyai seramai 451 ribu pengikut di mana ibunya, Norashikin Mohd Aziz, 34, bertindak memantau setiap aktiviti pada Instagram berkenaan.


A post shared by PUTERI BALQIS AZIZI (@rockingbalqis) on




Dalam pada itu, kata Azizi, dia dan isteri sehingga hari ini cuba bersikap terbuka menerima setiap teguran selagi ia beradab dan bertempat.

Hal ini termasuklah apabila ada pihak menyuarakan isu pemakaian Puteri Balqis yang disifatkan agak seksi di laman Instagramnya.

"Siapa saya nak tutup mulut orang tetapi satu pesan saya, nak menegur biarlah kena pada caranya, InsyaAllah saya boleh terima.

"Soal berpakaian tu, pada usianya sekarang saya hanya mahu dia jujur pada diri sendiri dan selesa apa yang dia buat.


"Tiba waktunya dia membesar dan matang macam orang lain juga," ujarnya tenang.

Malah Azizi juga berharap orang ramai tidak terus 'mengikat' karekter anaknya itu dengan watak-watak yang pernah dilakonkan sebelum ini kerana anaknya juga berhak untuk mencorak kehidupan dengan cara sendiri.

Di satu sisi, Azizi turut meluahkan rasa syukur kerana puteri kesayangannya itu berjaya khatam Al Quran dan seorang yang cepat belajar.

"Saya tidak berhajat hendak mencanang perkara baik takut nanti orang cakap apa pula.

"Cukuplah saya katakan, sebagai ayah saya tidak abaikan dia dari mempelajari ilmu-ilmu agama termasuk solat," akhirinya.

Sumber : mStarOnline

www.kakishare.my




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.