Header Ads

'Dia Curi Duit Kami Secara Jahat' - Susulan Kes Bihun Sup RM13.50, Lelaki Buat Aduan Rasmi Kepada PPDNKK

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Lelaki yang mendakwa harga bihun sup semangkuk RM13.50 dilaporkan bakal mengambil tindakan undang-undang menurut satu laporan dari Mstar Online pada Jumaat. Menurut lelaki tersebut, Aswan Wanchik berkata peniaga tersebut telah mencemar nama baiknya kerana peniaga tersebut bertindak tidak jujur dan cuba menganiaya peniaga bihun sup berkenaan. 

Dalam status terbaru yang dimuat naik beliau mendakwa peniaga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zam menafikan penipuannya. 

'Apa yang dia beritahu pada media adalah tidak benar dan fitnah semata. Mereka cakap kami makan bersama tiga orang anak, padahal kami hanya makan berdua bersama isteri saya'. 

Tambahnya lagi, 'Kami pesan air teh o asi hanya 2 gelas dan air kosong 2 gelas, tapi dia cakap pada akhbar kami bohong malah dia cakap kami pesan 5 gelas teh o ais. Maksudnya dia telah curi duit kami secara jahat sebanyak 3 gelas teh o ais!'


'Dia kata bihun sup nya berharga rm5 - rm30. Untuk pengetahuan semua kami hanya order bihun sup biasa, sudah semestinya ia berharga rm5 sahaja. Disini peniaga dah curi duit kami secara jahat sebanyak rm17' tulisnya lagi dalam laman Facebooknya. 

'Pemilik ini telah menganiyai pelanggan malah telah melakukan kesalahan jenayah curi'. Susulan kenyataan tersebut dia bertindak dan membuat aduan secara rasmi kepada KPDNKK Pulau Pinang pada pukul 3 petang tadi. 

Beliau juga amat kesal kerana gambar dan namanya telah disiarkan di sebuah akhbar tempatan yang popular dengan jelas sehingga menjatuhkan maruah dan mengaibkan dirinya kerana ingin menjatuhkan imej kedai tersebut. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.